Bubur Pulut Hitam Menu Tradisi

Bubur Pulut Hitam Menu Tradisi



ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu untuk semua.
SEMOGA semuanya sihat walafiat hendaknya ya.
HARI ni kak noor nak kongsikan menu yang manis-manis pulak, yang tak lekang dek panas, dan tak lapok dek hujan,  rasa nya dari zaman kak noor kecik pun dah ada bubur ni, tak tau lah zaman sekarang ada tak yang tak pernah makan bubur ni???

PADA yang suka memang sedap lah bubur ni di layan masa panas atau sejuk, nak lebih best letak aiskrim pun ok gak, terpulang selera masing-masing lah ya.

RESEPI nya pun sangat mudah dan cepat dihidangkan, jom tengok resepi dulu jom!!!






Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahannya
1 cawan beras pulut hitam
¾ cawan gula
1 helai daun pandan
½  cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Sedikit garam

Cara memasaknya
1.    Pulut hitam di rendam lebihkurang 3-4 jam
2.    Rebus sehingga kembang, masukan sedikit garam, gula dan daun pandan kacau sehingga mendidih.
3.    Masukan santan cair dan masaklah sehingga mendidih.
4.    Bila menghidangkan curahkan pati santan di atas bubur.
5.    Sedap di nikmati di waktu panas atau sejuk.





PADA yang belum pernah try sila try memang sedap di layan walaupun hitam tapi 
MENAWAN & SEDAPPP.


3 comments:

  1. Sedap ni Kak Noor! Bubur pulut hitam kegemaran MIL... semasa hayatnya memang selalu kami jamu bubur ni di kampung!

    ReplyDelete
  2. salam tahun baru 2014 kak..
    waaaa..ini smemangnye mengiurkan...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home