Kerepek Ngaku @ Arrowhead First Time Buat Pasti Nak Lagi...

Kerepek Ngaku @ Arrowhead First Time Buat Pasti Nak Lagi...




BAHAN NYA
1 kg ngaku atau arrowhead
sedikit garam, bawang putih dan cili flakes
sedikit kacang goreng dan ikan bilis goreng *optional
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1. Kupas ngaku, cuci dan tos kan sekejab.
2. Sagat dan gaulkan dengan bawang putih, garam dan cili flakes.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
4. Tos kan, biarkan sejuk dan gaulkan dengan ikan bilis dan kacang goreng.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.


Pada yang belum merasa, rasa nya ngaku ni lebih manis dari ubi kentang, lebih sedap dan lebih krup krap, menjelang  chinese new year SAHAJA yang timbul buah ubi ngaku ni, kalau ada yang teringin boleh mencari ngaku di pasaraya dan buat sendiri  ya, sebelum kehabisan haha...




7 comments:

  1. Assalamualikum Knoor tgh glemer kan kerepek ngaku sekrg ni...sya pun dah beli igt nak cuba buat...

    ReplyDelete
  2. pernah buat ni dengan jiran berbangsa cina..dia ajarkan..rangup dan nipis2 sagat..

    ReplyDelete
  3. Kak Noor.... minggu lepas nak masukkan tiga empat biji arrow head dalam plastik... lepas tu letak balik... entah nape tiba-tiba terlintas di fikiran macam tak larat nak buat... nak buat kerepek! Kak.. tumpang jamuy mata kat sini kak...

    ReplyDelete
  4. salam kak noor geramnya tengok sana sini orang dok post kerepek ni.. wani ada beli beberapa bijik dulu.. tapi buat try goreng 3 bijik jer ..memang x genap sungguh hiiiii.. bila la nak kuar p beli takot tak sempat .. raya cina dah nak dekat ni cewahhh mcm kiter pulak dah nak sambut raya hiiiiii

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Noor...menggoda sungguh kerepek arrowhead ni. Tgk ramai teman2 blogger berkongsi resepi kerepek. Semalam tengok kat supermarket ada jual kerepek ni (kerepek 'plain' tanpa kacang mcm kak Noor punya) dlm tupperware kecik je...harga RM 15.00. Buat sendiri lagi jimat ye.

    ReplyDelete
  6. Kelmarin pergi Giant nampak banyak buah ini tapi kak Zai tak tahu nak buat apa. Lepas ini bolehlah mencuba,tq kongsi recepi.

    ReplyDelete
  7. yeayyyy...nak cuba la...cili plakes nak cari kat mana kak...ada jual kat pasaraya x?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home