Orkid + Ulam + Maktok Gardening

Orkid + Ulam + Maktok Gardening




ASSALAMUALAIKUM dan salam hari jumaat untuk semua nya.
HARI NI kak Noor nak kongsi sedikit  bunga-orkid yang berkembang, biasa lah sekarang ni tak takde masa kat luar rumah, asyik kat dapor je, orkid pun dah merajuk nak berbunga kan, sebab takde yang nak membelai dan bercakap dengan dia, kalau dulu-dulu sebelum ada blog, fb, ig, pages dan segala macam, lepas masak mesti nak kuar rumah tengok bunga-bunga orkid, tapi sekarang ni masa begitu mencemburui, sehari tak kuar fb, tak sah, tak post gambar dalam ig pun tak sah jugak ni, nak jugak update blog dan pages, semua tu memerlukan masa yang panjang kan, jadi faham-faham je kan KESIAN MY ORKID DAN ULAM-ULAMAN.

TAMBAHAN sekarang ni dah ada cucu terlebih busy sangat dengan menguruskan cucu, walaupun tak sepenuhnya, tapi nak jugak dukong-dukong hilangkan penat di dapur hee..apa nak buat kita tak dapat nak buat semua dalam suatu masa, kita dapat fb, ig, blog dan pages dan hilang lah sedikit demi sedikit orkid dan ulam huhu....




ANTARA orkid yang berkembang lah ni, ada lagi sebeno nya biarlah sikit-sikit dulu ya, nanti jemu pulak adik-adik memandang kan..




ANTARA ulaman yang kak noor tanam pokok sekentut..




HAHAHA ni haaa maktok IMan sibuk memotong daun yang mati 
Panas loh terpaksa pakai topi nanti hitemmm
Best kan kalau gardening ni sejuk tengok hasil tanaman kita berbunga dan berbuah..
SEKARANG ni masih dok semai cili yang pedassss tu anak-anak bawa balik UK, dah tumbuh nanti ya next entry tungguuuu...


3 comments:

  1. cantik bunga orkid yg merah tue...akak adah pun suka tanam2 pokok...tangan sejuk la katakan..segar jer..

    ReplyDelete
  2. Assalam kak noor...ingatkan tadi orkid buat ulam, rupanya orkid & ulam ulaman dah terbiar ya semenjak sibuk berinternet ni, hehe. Memang tumbuh subur bunga2an kalau hari2 kita belai & cakap kan, beljar dari bapa saya, dia suka cakap dgn bunga2, sampai nak jadi tmn bunga dah rumah saya dkt kg tu,hehe.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home