Telur Ikan Terubuk Masin Goreng Berasam

Telur Ikan Terubuk Masin Goreng Berasam


ASSALAMUALAIKUM & selamat malam jumaat yang mulia, disini waktu ni dah beres semua yang wajib-wajib tu, sebab solat isyak pun dari pukul 7.40 malam tadi dah masuk, dah memang jadi kebiasaan solat di awal waktu, senang rasa nya bila dah beres tu kan. Dinner pun sebelum maghrib dah selesai jugak, jadi malam masa santai-santai lah, menu telur ikan masin ni pun dah habis sebenarnya minggu lepas punya menu heee , asyik lupa je nak update,  jadi memang dah tak dapat nak ambik bau, jamu mata saja lah ya. Memang susah nak dapat telur ikan terubuk ni, ini pun kak noor pesan dari anak akak yang kebetulan ke Kucing masa bulan Disember tahun lepas, simpan dalam freezer lupa jugak nak makan hahaha..memang dah tak muda lah tu kan kalau nak makan pun boleh lupa ...




RESEPI nya memang mudah sangat pun, jom cek freezer masing-masing ada tak telur ikan ni, kalau takde don worry boleh gantikan dengan ikan masin apa-apa pun, atau boleh jugak guna ikan bilis, sebab kita yang buat dia kan, apa-apa pun terletak di tangan tukang masak je...

Bahan yang di perlukan
1 pasang telur ikan terubuk di rendam 30 minit
1 biji bawang besar di hiris bulat
5 biji cili padi di hiris kasar
1 biji tomato di hiris bulat
2 sudu air asam jawa
gula dan minyak secukupnya


Proses membuatnya
1. Panaskan kuali masukan sedikit minyak goreng telur ikan sehingga kekuningan.
2. Tos kan telur ikan dan ketepikan.
3. Tinggalkan baki minyak goreng telur kira-kira 2 sudu makan, dan masukan bawang besar.
4. Goreng sehingga bawang layu, masukan hirisan cilipadi dan tomato, gaul rata.
5. Masukan air asam jawa dan sedikit gula sebagai perasa dan kacau biar sebati.
6. Curahkan adunan bawang ke atas telur ikan terubuk dan boleh lah di nikmati bersama dengan nasi putih.




SANGAT LAZAT di layan waktu panas-panas nasi putih dengan rasa yang masin, masam, pedas, manis 
WOW!!!!!!!!!!!!!! boleh cuba kalau tak percaya..

6 comments:

  1. Wah memang hidangan yang sangat lazattttt kak! Boleh tambah 2 - 3 pinggan nasi,,^_^

    ReplyDelete
  2. Assalam kak noor
    Buat sy terliur ni hihii mkn dgn nasi panas2 fuhhh sedappp bangat ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..aduh knoor...x sedar bertambah2 nasi di pinggan...

    ReplyDelete
  4. aiiii saya kalau masakan telur ikan ni memang suka sangat kak noor...tapi nak dapat telur terubuk mmmmmm tak dapeklah kat sinin

    ReplyDelete
  5. Boleh tahan harga telur masin terubuk ni kan kak Noor... bonda saya suka masak lemak!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home