Udang Masak Lemak Dengan Kulit Rambai Marbeles

Udang Masak Lemak Dengan Kulit Rambai Marbeles



ASSALAMUALAIKUM dan salam magrib untuk semua adik-adik bloggers, akak di Brunei sedang menunggu waktu isyak waktu ni, dah santai-santai lepas dinner tadi.
Hari ni kak Noor nak kongsi resepi Udang dengan Kulit Rambai ni, ada tak adik-adik yang tak pernah makan kulit rambai?? Kalau ada yang belum tau rasa kulit rambai ni agak masam-masam sikit, jadi kalau kita masak udang ni tak payah letak asam lagi, memadai dengan kulit rambai ni saja sebagai ganti asam., jom semak resepi  cincai-cincai je pun..




Masak Lemak Kulit Rambai dan Udang

Bahan-bahan:
½ kg udang sederhana besar dibersihkan
1 cawan hirisan kulit rambai
5 ulas bawang merah
7 biji cilipadi
1 batang serai
5 tangkai daun kemangi
1 cawan santan sederhana pekat
Garam dan gula secukup rasa


Cara membuatnya
1.    Kisar bawang merah dan cilipadi, masukan dalam periuk bersama santan.
2.    Masak sehingga mendidih, masukan kulit rambai, kacau rata.
3.    Masak sehingga kulit rambai lembut, masukkan garam,gula dan udang.
4.    Akhir sekali masukan daun kemangi, dah cukup rasa boleh lah di angkat.
5.    Sedap dihidangkan bersama dengan nasi putih.





OK LAH masakan ni pun sebenarnya kak Noor buat dua tiga hari lepas, dah habis pun, tapi macam nak je lagi, kulit rambai ni yang susah nak dapat, kebetulan hari tu ternampak rambai kat Pasar Tamu di sini, memang tak lepas peluang kalau akak nampak rambai ni, bukan nak makan isi pun tapi nak kan kulit nya tu...
Pelik tapi Benar hahaa...
SELAMAT MENCUBA UNTUK ADIK-ADIK YANG BELUM PERNAH MAKAN KULIT RAMBAI NI MEMANG SEDAPPPPPPP..

5 comments:

  1. Waalaikumsalam kak Noor. Saya belajar makan masak lemak kulit rambai ni kat rumah mertua di Pilah nogori Sembilan. Memang sedap..terbaik resepi kak Noor ni. :)

    ReplyDelete
  2. Waalakumsalam kak Noor...saya tak pernah lagi merasai masakan ni....dgr citer byk dah...belum rezeki brgkali...bila tgk gambar dlm bloq kaknoor ni....menyelerakan sungguh la....

    ReplyDelete
  3. teringin nak masak tapi susah nak jumpa buah rambai ni sekarang...

    ReplyDelete
  4. salam kak noor...
    aduhai kak... terliurnya sy tengok gulai udang akak ni.... musim rambai ke kat sana kak? sini dah takde dah...

    ReplyDelete
  5. As-Salam Kak Noor,tentu sedap gulai udang ni.rasa masam-masam dari kulit rambai tu buat saya terliur..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home