ASSALAMUALAIKUM  salam jumaat yang santai untuk semua.  Hari ni banyak aktiviti tergendala, hanya aktiviti makan je yang ontime kan, terus ke resepi lah ya jom!!! sekodeng  resepi nostalgia ni...



Kerabu Selom Dan Hati Buyah

Bahan nya
secekak daun selom di bersihkan di hiris kecil
1/2 cawan peparu atau hati buyah yang telah di rebus/hiris
1/2 cawan kelapa parut
1/2 cawan taugeh di bersihkan
5 urat kacang panjang hiris kecil
2 batang serai hiris
5 biji cili merah/cilipadi tumbuk
5 biji limau kasturi ambil jus

Cara nya
1.  Goreng kelapa sehingga kering dan ketepikan.
2.  Gaulkan semua bahan tumbuk, campurkan dengan jus limau, serai, hati buyah, gaul rata.
3.  Tambahkan dengan garam dan gula, kelapa goreng, daun selom, taugeh dan kacang panjang.
4.  Sebatikan semua nya dan sedia untuk di hidang.




Menu tradisi yang sukar di tinggalkan kalau ada di depan mata, kalau tak de selom boleh gantikan dengan kacang botol atau apa saja sayuran kegemaran, yang pasti salad ni memang terbaikkkk..

6 comments:

  1. assalam kak noor
    berwajah baru, cantik blog kak noor ni

    ReplyDelete
  2. sedap nya Kak Noor.kesukaan saya ni!.Tak pe-tak pe kita tengok dulu lepas ni kita buat pula..

    ReplyDelete
  3. rajin knoor make over blog. cantik!!!! btw awal2 dtg brunei dulu dok pelik apa benda la hati buyah ni. dok tgk yg kering dorg jual dlm plastik ingat hati unta (cam kat mekah)….hahaha rupanya paru

    ReplyDelete
  4. macam sedapnya kerabu ni,boleh lah saya cuba.....

    ReplyDelete
  5. salam kak noor..

    bab paling suka tu adalah hati buyah..aduh, memang sedap betul tu kak..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home