Chocolate Kiss Mewah Dengan Kekacang & Buah SEDAPPP..

Chocolate Kiss Mewah Dengan Kekacang & Buah SEDAPPP..


ASSALAMUALAIKUM  semua nya, aduh hari ni memang terlalu busy dengan macam-macam tugasan, tapi dah berazam mesti nak update jugak blog kalau boleh everyday lah, hahaha angan-angan memang tinggi menggunung, tapi tengok lah kalau tercapai syukur alhamdulillah, kalau tak pun jadi angan-angan Mat Jenin je kot kan hahahaa....

Hari ni kak Noor nak kongsi kan resepi coklat yang sangat sedap, sebab bahan-bahan nya macam-macam jenis coklat dan buah-an kering, memang lazat sangat, jom tengok resepi, tak susah sebenarnya nak buat kalau semua bahan dah cukup, jom sekodeng resepi yuk!!!





Chocolate Kiss

Bahan-bahanya
2 cawan coklat chip
½ cawan kuaci
½ cawan jagus
½ cawan badam
½ cawan walnut
¼ cawan kelapa kering
¼ cawan apricot kering
¼ cawan cranberries kering
¼ cawan blueberries kering

Cara membuatnya
1.    Panggang kuaci, jagus,badam,walnut lebihkurang 10 minit.
2.    Cairkan coklat chip dengan cara double boil sehingga hancur.
3.    Campurkan semua kekacang dan buah-buahan kering dalam coklat.
4.    Kacau sebati, sudu kan dalam kertas minyak dan sejukkan dalam petiais selama 1 jam.
5.    Coklat kiss sedia untuk di nikmati.





KAK NOOR makan memang tak cukup satu, nak dua tiga empat, hahaha, siapa hantu coklat dan kacang memang chocolate kiss ni THE BESTTTTTTTT...
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA TAU INI RESEPI OVERSEA  MANTOPPP!!!


2 comments:

  1. Nmpak sedap tp bhn2 banyak juga nk kena cari ni hehehe

    ReplyDelete
  2. bahan banyak tu lah yg buat bagi sedap tu KA kan cari jgn tak cariiii

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home