Coq Badak Pertama Kali Buat Setelah Setengah Abad

Coq Badak Pertama Kali Buat Setelah Setengah Abad

ASSALAMUALAIKUM dan salam kamis untuk semua nya ya, ini menu semalam, ada kawan kak noor yang teringin nak makan coq badak ni, jadi korek-korek resepi lah dalam internet terjumpa resepi dari MAMAFAMI'S tapi kak noor alih bahasa dan buat ayat sendiri, boleh kan Mama? hehe lagipun resepi ni ubi nya sedikit saja maklum pertama kali try nanti sayang je kalau tak jadi bagi kat Cik Pah kan, sedappp lah Mama anak-anak kak Noor suka nanti nak kena buat lagi.




CUCUR BADAK

BAHAN NYA
250 gm ubi manis di rebus dan hancurkan
3 1/2 sudu besar tepung gandum
sedikit garam
secukupnya minyak untuk menggoreng

BAHAN INTI
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan udang kering di rendam dan di tumbuk
3 sudu cili kering kisar
2 ulas bawang putih kisar
5 ulas bawang merah kisar
2 batang serai kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 inci halia kisar
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis


CARA NYA
1.  Campurkan ubi manis yang telah di lenyek bersama dengan tepung.
2.  Uli sehingga sebati bersama sedikit garam.
3.  Bulatkan ikut citarasa sendiri dan ketepikan.
4.  Untuk inti, panaskan sedikit minyak, masukan bahan kisar bersama
     dengan kunyit.
5.  Tumis lah sehingga wangi masukan kelapa parut dan udang kering.
6.  Kacau rata dan masaklah sehingga inti hampir kering.
7.  Tambahkan dengan garam dan sedikit gula.
8.  Ambil bebola ubi tadi masukkan sedikit inti, tutup dan bulatkan semula.
9.  Buatlah sehingga habis adunan, dan gorenglah sehingga kekuningan.
10.Coq badak sedia untuk di hidangkan panas-panas..





Thanks Mamafami's resepi mudah dan sedap, kalau tau memang dari dulu dah kak Noor buat coq badak ni tau...

4 comments:

  1. salam kak noor..

    lama dah x makan cucur badak ni..dulu selalu buat masa jd supplier makanan pegi asrama sekolah..

    ReplyDelete
  2. oh yeke Wana, akak ni baru first time buat dulu2 makan je tak pernah buat, Wana lebih terer lah ni buat ni kalau buat utk asrama sekolah kan..

    ReplyDelete
  3. interesting recipe. have a nice day

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home