Kerepek Pisang Cicah Sambal Hitam

Kerepek Pisang Cicah Sambal Hitam


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya,  hari ni kak Noor nak kongsikan resepi yang sangat simple tapi lazat di buat kudapan di depan Tv anda semua.  Baru-baru ni pembantu kak Noor bagi idea nak buat kerepek pisang ni, kebetulan ada pisang se tandan yang sudah tua, jadi sebelum masak baik di buat kerepek katanya, dah dia rajin nak mengupas pastu menggoreng kak Noor on je, akak cuma buat sambal kicap je hahaa, sonang bah kan...

Resepi nya sangat-sangat mudah..




BAHAN
Pisang muda secukupnya 
Minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1.  Pisang di kupas kulit nya, di cuci dan di slicekan dengan grater.
2. Panaskan minyak yang banyak dan goreng lah sehingga kekuningan.
3.  Angkat dan tos kan sedia di makan dengan sos  atau sambal.
4.  Pisang ni akak takde letak apa-apa perasa sebab pisang ni sendiri dah ada rasa.

BAHAN SAMBAL
7 biji cili padi hijau
2 ulas bawang putih
Kicap manis secukupnya

CARA NYA
Kisar cili dan bawang putih dan gaulkan dengan kicap, sedia di hidangkan dengan kerepek pisang.
LAZATTTTTT SANGAT DENGAN KRUP KRAP KRUP KRAP....



SIAPA  ada pisang muda moh le buat kerepek memang sedap, ubah selera pulak daripada tunggu masak, buat kek pisang, muffin, goreng pisang kan, jadi sebelum pisang masak kita gorenggggg je, masih ada ni nak makan jab jangan jeles hahhh....


8 comments:

  1. salam kak noor..

    bestnya makan kerepek..sambil tengok tv memang best ni kak..

    ReplyDelete
  2. Adda suka makan kerepek pisang cmni kak noor...tp xpernah la plk cicah sambal hitam tu...

    ReplyDelete
  3. saya cukup suka sgt mkn kepek pisang ,dulu2 time sek lg,bila ct je cari pisang kt bkg2 rumah.....kopek2 rendam jp dlm air garam,then goreng....sorang2 je buat...tp mmg best...sambil goreng sambil mkn...hihihi

    ReplyDelete
  4. sedap..
    tapi tak pernah makan kerepek mcm tu..bole try lepas ni..
    selalu mkn dgn pisang goreng je sambal kicap tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Assalam ,belum pernah lagi makan kerepek dengan sambal hitam....macam sedap je...nak juga mencuba.

    ReplyDelete
  6. assalam kak noor
    krap krup bunyinya he hee sedap tu
    cicah sambal ,menu baru buat sy ni
    yg pastinya kerepek pisang memang sedapp

    ReplyDelete
  7. Hari ni saya tergoda dengan entri2 kerepek Kak Noor. Sedapnya makan kerepek cicah dengan sambal kicap!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home