Red Velvet Cinnamon Rolls Heart

Red Velvet Cinnamon Rolls Heart




ASSALAMUALAIKUM  dan selamat malam adik-adik kak Noor semua, semoga sihat walafiat ya, sebelum tidur jom tengok Rvc kak Noor dulu jom!!! mana tau ada yang berhajat nak buat esuk lusa,  Kak Noor buat Rvc ni pun sempena birthday anak kak Noor yang sulung esuk, walaupun tuan yang punya berada jauh di UK tapi dan tak dapat makan, tapi kesian punya pasal, kak Noor buat lah jugak, orang lain dapat makan kan heee sedih campur gumbira sebab tak lama lagi jugak anak akak akan habis PhD nya, INSYA ALLAH bulan Jun nanti balik for good lah.

Esuk kamis 6 hb February birthday Faizah anak sulung
Ahad 9 hb February birthday Pak Haji Naim my darling haha
Jadi Rvc Cinnamon Rolls Heart ni kira nya 2 in 1 lah


Red Velvet Cinnamon Rolls Heart
Resepi doh
Bahan-bahan:
  • 2 sudu besar gula
  • 1½ sudu besar active dry yeast
  • 1 cawan air suam
  • 2 ounces (57g) food colouring warna merah ( boleh kurang )
  • ¼ cawan melted butter suam
  • ¼ cawan minyak
  • 3 cawan all-purpose flour
  • 3 sudu besar unsweetened cocoa powder
  • 1 sudu teh garam
  • ½ cawan Nutella (untuk spread)

Cara-cara:
  1. Campur semua bahan seperti gula, yeast, air suam, food coloring, butter dan minyak. Biarkan sekejap dalam 5 minit.
  2. Ayak tepung, cocoa powder dan garam. Campur ½ cawan campuran tepung ke dalam bahan basah tadi pastu campur lagi ½ cawan sampai habis, gaul sampai mesra everytime campur tepung. Uli doh lebihkurang 10 minit.
  3. Letakkan doh dalam mangkuk yang diletakkan sedikit minyak, tutup dengan tuala selama 30 minit atau sampai sizenya double.
  4. Preheat oven kepada 190⁰C. Roll doh tadi jadi segi empat tepat (tempat menggulung dibubuh tepung) Panjangnya biar dalam 1 kaki (30 cm) atau ikut kesesuaian sendiri. Spread Nutella diatas doh.
  5. Potong doh menjadi jalur-jalur panjang (dalam 1 inci). Gulung kedua-dua tepi doh sehingga bertemu di tengah, cubit sedikit bahagian bawah doh  supaya menjadi bentuk heart.
  6. Letakkan rolls tadi di atas tray yg di letakkan minyak. Biarkan sekejap selama 5 minit. Bakar dalam 190⁰C selama 9-11 minit. Frost dengan cream cheese.

Resepi cream cheese frosting
Bahan-bahan:
  • 227g softened cream cheese
  • ½ cawan softened butter
  • 1 sudu teh vanilla extract
  • 3 cawan gula icing (powdered sugar)

Cara-cara:
Pukul semua bahan seperti cream cheese, butter dengan vanilla. Campurkan gula icing sikit demi sedikit dan pukul sehingga lembut. Spread diatas cinnamon rolls (boleh tambah Nutella atasnya kalau mau)



Memang boring jugak makan kek setiap kali birthday jadi kak Noor hanya buat Rvc ni je heee, memang sedap sebab guna nutella dan warna nya menarik kan..











INI pulak di atas kerajinan Mama Iman, Maisarah anak ke2 kak Noor yang sukarela membuat Ombre aiskrim kek ni, biasa lah first time tentu ada cacat cela nya kan, jangan pandang yg tak ok, pandang dari jauh tau hahaha....

12 comments:

  1. Aminn.. semoga anak kak noor pulang dgn jayanya. :)
    cian dia dpt tgk jea pic ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nina, yalah apa nak buat mungkin tahun ni dpt tengok gambar tahun depan insyaALLAH kalau panjang umo

      Delete
  2. assalam
    tergoda sy tgk kak, sedapppnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap Mama sara, boleh lah try lepas ni..

      Delete
  3. janji sedap kan kak apa ada pada rupa, asalkan masuk perut kenyang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Faz, yang masyuk dlm perut tu yg penting biar buruk dipandang mata hahaa

      Delete
  4. Replies
    1. boleh KA kalau nak kena naik belon dulu tau heee

      Delete
  5. Eppy bthdy wat pk aji kak nor..n faizahjgk..smoga dpnjgkn umur..dn prmudhkb rezeki smua..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih Zila ur wish :) aminnn semoga Zila jugak di dalam keberkatan yang berpanjangan aminnn ya robb..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home