Sambal Goreng Bilis Kulit Rambai

Sambal Goreng Bilis Kulit Rambai


ASSALAMUALAIKUM semua nya yang sudi singgah di blog maktok Iman yang tak seberapa ini, semoga semua nya sihat walafiat ya.

Menu ni menu tertinggal dalam draf rasa nya dah 2 minggu kot, masa sedang banyak musim buah dulu, kopek buah rambai, sayang nak buang kulit, sebab dulu-dulu masa kat kampong pernah makan kulit ni, macam-macam boleh buat dengan kulit rambai ni, pernah akak masak lemak jugak, ni masih ada baki sebab kalau simpan frezer memang tahan lama., jadi kali ni akak buat sambal pulak, jom tengok resepi semua nya main hiris je senang..




BAHAN NYA
1/2 cawan ikan bilis di bersihkan
10 biji cili padi di hiris kasar
1 biji bawang bombay di hiris
3 ulas bawang putih di hiris
2 kuntum bunga kantan di hiris kasar
1/2 cawan kulit rambai di hiris kecil
minyak secukupnya
sedikit garam dan gula


CARA NYA
1. Panaskan kuali, masukan sedikit minyak dan gorenglah ikan bilis sehingga ranggup, angkat .2. Tumis bawang putih, bawang bombay sehingga layu, masukan cili hiris, kacau rata.3. Masukan kulit rambai kacau sehingga kulit rambai lembut, masukan garam dan gula.4. Akhir nya masukan bunga kantan dan ikan bilis yang di goreng, gaul rata.5. Sambal goreng sedia untuk di nikmati.







ADA tak yang tak pernah makan kulit rambai  ni?? rasa nya agak masam-masam jadi kalau sambal goreng gini memang tak payah bubuh tomato ke, asam ke, kulit rambai ni dah ok,
Makan pulak time hujan-hujan memang tak terasa bertambah nasi ni haha...


11 comments:

  1. salam kak noor..

    singgah sini..menu nampak menarik.sya x tau pula kulit rambai tu boleh makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam Wana, mmg boleh makan lepas ni cuba makan mesti nak lagi dan lagi hee

      Delete
  2. Salaam Kak Noor...

    Kita datang bawak nasi panas dan air suam je ni. Nak tumpang makan. Nak ler kecek sket sambal goreng bilis dengan bunga kantan bagai ni. Macam terbukak lak selera kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Mama kalau dtg sini tkyah susah2 bawa nasi bagai semua nya free ni nak jamu rakan2 heee

      Delete
  3. Hello, that salad looks very exotic :)

    ReplyDelete
  4. Wow..mesti sedap ni kan..wpun tak penah mkn lagi sambal kulit rambai ni, tapi tengok gambar dah menyelerakan, pastu makan pulak dengan nasik panas..pehhh..

    ReplyDelete
  5. salam kak Nor, ni resepi yg menarik, kak ruby lum biasa mkn lg....insyaAllah bila musim rambai nnti bleh lh try

    ReplyDelete
  6. saya pernah dengar kulit rambai boleh jugak masak gulai....tp x pernah buat lg.

    ReplyDelete
  7. Sy suka sambal bilis tp tak pernah lagi campur dgn kulit rambai... boleh cuba ni...

    ReplyDelete
  8. msk sambal x pernah tau kak.. kalau buat gulai tu adalah !

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home