Sticky Caramel Chicken Yang Mantop.

Sticky Caramel Chicken Yang Mantop.


ASSALAMUALAIKUM  dan salam tengahari untuk semua adik-adik, hari ni memang tak kemana-mana lepak-lepak kat rumah suatu yang sangat best sekali, sambil makan minum sesuka hati, dan hari ni ada sorang lagi anak kak Noor, yang rajin memasak, akak cuma sedia kan bahan, dan dia lah yang masak, not bad lah jugakkan, resepi ni dia sekodeng dari buku Aroma, yang di tulis oleh CT DELIMA, MAT GEBU pun ada jugak buat resepi ni, dan ramai lagi rasa nya yang telah mencuba, thanks untuk semua yang berkongsi resepi sedap ni, dan kak Noor pun ingin letakkan di blog kak Noor jugak rujukan anak-anak yang lain.




Bahan-bahan 
1 ekor  ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan
2 sudu besar minyak 
3 ulas bawang putih di titik bersama kulit
1 sudu besar  halia cincang
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
4-5  sudu besar madu
sedikit lada hitam kisar

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan ayam gaul rata dan masak dengan api sederhana selama 5 - 6 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap dan tutup kuali. Kacau sekali sekala hingga kepak ayam kelihatan bersalut, masak kurang lebih 15 minit. Biar hingga pekat dan warnanya bertukar perang keemasan. Angkat dan hidangkan...

MEMANG SEDAP SANGAT STICKY CARAMEL CHICKEN NI, TAK PERCAYA MESTI KENA CUBA TAU!!!

KAK NOOR LETAKKAN SIKIT BIJAN UNTUK MENCANTIKKAN SI HITAM MANIS NI HAHAA



HARI NI TAKDE KEPAK, NEXT TIME NAK KENA CARI KEPAK BARU BEST TERBANG SAMBIL MAKAN-MAKAN HAHAHAAA...

7 comments:

  1. Saya pun lepak kat rumah je ari ni Kak Noor... main2 ngan Firdaus...
    memang nampak mantop betul SCC tu kak... tergoda saya dibuatnya! Boleh masuk list ni... tq kak!

    ReplyDelete
  2. salam kak Nor...ermmm..tgk gambar pun dah telan air liur, apatah lagi kalo ada depan mata..

    ReplyDelete
  3. Salaams :) that chicken looks delicious.

    ReplyDelete
  4. Nanti nak cuba...tgk gambar dh terliur.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Noor.....ini memang mantop!....rasa nak curi seketul. Haish...buat perut lapar je lah tenggahari macam ni. :D

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home