Brownies Labu Yang Lembut & Sedap

Brownies Labu Yang Lembut & Sedap


ASSALAMUALAIKUM dan salam manis untuk semua nya.
Hari ni akak nak jamu dengan brownies yang sedap jom tengok resepi, sebenarnya resepi nya akak sekodeng dari pinterest lagi, hari ni rajin translate ke bahasa melayu, tapi resepi asal ada frosting cheese lagi kat atas tu tapi akak rasa dah cukup manis, tak payah lah lagi ber cheese2 lagi, jadi akak tukar kan ke gula icing je kat atas tu, memang lazat sangat..



Bahan nya
15 oz labu yang telah di rebus dan di lenyek
4 biji telur
3/4 cawan minyak
2 sudu kecil esen vanila
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
sedikit icing sugar untuk di tabur


Cara nya
1. Dalam mangkok besar masukan labu yang telah di lenyek, telur, minyak dan esen vanilla.
2. Kacau rata.
3. Masukan bahan-bahan kering dan kacau lagi sehingga sebati.
4. Lengserkan loyang dengan sedikit planta dan lapiskan dengan kertas minyak, masukan 
    adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 40 minit ikut kepanasan oven sendiri ya.
5. Dah keperangan boleh lah di angkat dan hidangkan.




Brownies ni memang sangat lembut dan sedap, anak-anak yang tak suka labu pun boleh kata sedap, sebenarnya kak Noor tak bagitau ada labu, apa lagi anak-anak makan lah haha..




Masih ada ni siapa yang teringin boleh lah ya
Jumpa lagi ya, nak makan brownies jab..



2 comments:

  1. Tgk pun dah cukup menyelerakan kak noor apatah lg merasainya

    ReplyDelete
  2. kalau sumber dr labu mmg adda xpernah tolak Kak Noor...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home