Gooey Cookies Yang Susah Di lepaskan

Gooey Cookies Yang Susah Di lepaskan


ASSALAMUALAIKUM lately akak terlalu busy dengan macam-macam aktiviti di rumah, menjaga cucu sebab ummi nya dah kerja, jadi maktok lah menguruskan Iman hari-hari, kadang-kadang masak pun simple dimple je, cookies ni anak kak Noor, MADIHAH yang buat sebab dia sedang bercuti, jadi nya dapat lah jugak makan cookies yang sedap ni walaupun busy yang dah takde tahap kan.




RESEPI ni anak kak Noor ambil dari youtube yang sangat mudah, sedap dan cepat.
OK jom kita tengok resepi dulu..

BAHAN-NYA
300 gm gula kaster
200 gm mentega tanpa garam
75 gm serbuk koko
1 biji telur
275 gm tepung naik sendiri
Chocolate hitam secukup nya
Chocolate putih secukupnya

CARA NYA
1.  Panaskan oven pada 180'C
2.  Potong coklat putih agak-agak lah besar mana cookies kita ya.
3.  Campurkan semua bahan, kecuali coklat putih dan jadikan doh.
4.  Bulatkan sebesar bola golf, masukan coklat putih di tengah nya, bulatkan kembali.
5.  Kemudian leperkan, dan buatlah sehingga habis adunan.
6.  Bakar lah lebihkurang 10 minit dan sedia dihidangkan.
7.  Cookies ni memang agak gooey lah yang agak lembut tapi sedappp.




KALAU kita makan masa baru keluarkan dari oven memang sedapp coklat putih tu akan cair begitu jugak coklat hitam memang enakkkkkk bangat, tapi kalau di biarkan lama dan cookies dah sejuk coklat putih tu dah tak cair lagi tapi masih sedapppp cuma agak keraslah.


KALAU nak tau memang kena cuba sendiri lah
MUDAH CEPAT & SEDAP..

4 comments:

  1. assalam kak noor..

    wah, bestnya tengok cookies tu..siap ada meleleh lagi ditengahnya..mesti sedap ni..nak jugak kak..huhu..

    ReplyDelete
  2. a ah.. dapat menggambarkan kesedapannya. tapi xde coklat putih plak.. insyaAllah nak buat ngan anak2 cuti skolah ni

    ReplyDelete
  3. thanks Kak Noor sudi kongsi resepi,nampak menarik untuk kudapan anak-anak cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
  4. yumm the cookies look delicious

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home