Guna Dessert Maker Untuk Kuih Cara Berlauk, Tiada Rotan Akar Pun Berguna .....KSW

Guna Dessert Maker Untuk Kuih Cara Berlauk, Tiada Rotan Akar Pun Berguna .....KSW


ASSALAMUALAIKUM hari ni kak noor merajinkan diri dan buat pertama kali nya buat kuih cara ni, memang takde acuan khusus untuk kuih ni sebab pertamanya tiada permintaan dari anak-anak untuk kuih ni, jadi memang akak tak pernah beli lah acuannya, tapi teringat lah dessert maker yang di beli oleh anak-anak why not guna dessert maker tu untuk kuih cara, so akak godek-godek lah mencari resepi, terjumpa resepi dari MAT GEBU bekenan sangat sebab bahan-bahan nya macam kena jugak dengan tekak kak noor, terimakasih CIKMAT akak kongsikan resepi cikmat di blog kak noor ya, walaupun sebenarnya CIKMAT tak pernah pun datang ke sini hahaha, tak kisahlah tu asalkan kak noor sudah minta izin halal kan ya untuk dipanjangkan pada kenkawan dan anak-anak.


TAK susah pun sebenarnya nak buat ni, lagipun lebih cepat rasa nya guna dessert maker ni, tak sampai seminit pun dah masak satu batch, berbaloiii jugak.


SENDIRI kena adjust time lah untuk masukan inti nya anak-anak suka mesti nak buat lagi guna dessert maker ni




 KUIH CARA BERLAUK

BAHAN UNTUK INTI :-)
100 gram daging ayam, cincang halus
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar sos tomato
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya

BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...

CARA Kak noor guna dessert maker ni, panaskan dessert maker, masukan adunan tak payah sampai penuh, tutup rasanya dalam 30 saat macam tu, buka dan masukan inti, tutup lagi dan biarkan dalam 20 saat dah boleh angkat, memang cepat sangat guna dessert maker ni dapat save masa dan tenanga.



SEKEJAB saja dah dapat sepinggan kan...




TIME posing-posing memang sedapppp dimakan panas-panas atau dah sejuk pun..



OKLAH sampai disini dulu jumpa lagi dengan resepi yang lain hahaha 
BABAIIII dah nak makan malam disini tau...

3 comments:

  1. alahaiiiii comelnya kuih cara K.Noor ni...geram je tngk...kuih cara moden ni kak...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home