Ikan Patin Lemak Dengan Pegaga

Ikan Patin Lemak Dengan Pegaga


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua nya, menu ni yang semalam kak Noor masak, tak sempat nak update biasa lah dah jaga cucu ni masa pun sangat terhad, tapi dah minat memasak apo nak di kato, walaupun letih macamana mesti nak masak jugak.

Jom tengok resepi nya tak susah pun sebenar nya.



Bahan-bahan:
Patin Masak Lemak Pegaga
  •   1 ekor ikan patin dibersih kan dan dipotong
  • 1 batang serai diketuk
  •   secekak daun pegaga 
  • 2 biji terung ulam
  • 1 kotak kecil santan 
  •  2 asam keping
  •  air atau secukupnya 
  • Garam dan sedikit gula


Bahan A
§  1 inci kunyit hidup
§  10 biji cili padi
§  3 biji cili hidup
§  1 inci halia

Cara membuat:

1.    Kesemua bahan A di blender kasar
2.    Masukan bahan kisar dan serai dalam periuk dan masukan setengah kotak santan dan air dan masak biar mendidih
3.    Masukan asam keping, terung, garam dan air kacau rata.
4.    Sudah mendidih barulah dimasukan ikan, tutup tudung periuk biarkan ikan masak.
5.   Masukan separuh lagi santan kacau perlahan-lahan supaya ikan tak mudah pecah dan hancur
6.  Masukan pegaga dan hanya kacau biar rata boleh lah di angkat.
6.    Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas




SELAMAT MENCUBA WAHAI ADINDA SEMUA, RASA NYA YANG ANAKADA MESTI TAK RAMAI YANG SUKA NI KAN..

2 comments:

  1. aduhai.... nampak ikan patin terus rasa terliur... kdg2 buat tak sama dengan masak kat kedai kak... tu yg geram

    ReplyDelete
  2. tak penah try buat ni,kak.sebelum ni biasa masak tempoyak memanjang..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home