Ketupat Sotong Ala Terengganu Lemak-Lemak Gitu.

Ketupat Sotong Ala Terengganu Lemak-Lemak Gitu.


ASSALAMUALAIKUM
Salam jumaat untuk semua adik-adik blogger dan pengunjung setia blog kak Noor
Perasan lah pulak macam lah ada pengunjung setia kan atau pengunjung sesat termasuk kat sini.
Apa-apa pun semoga kalian sihat walafiat hendaknya disamping tugasan.

Hari ni kakNoor nak kongsikan satu resepi yang baru pertama kali kak Noor buat, iaitu ketupat sotong ni, semalam sangat teruja dengan ketupat sotong yang di buat oleh rakan fb, jadi hari ni kebetulan dah ada sotong, pulut pun dah stanbye je jadi akak rajinkan diri untuk buat ketupat sotong ni., resepi ni akak intai dari blog ORANG GANU sebab resepi ni tak manis jadi fav semua se isi rumah.



LEPAS angkat dari periuk terus posing ketupat ni..




BAHAN NYA
1 kg sotong
400 gram beras pulut rendam 1/2 jam
1 cm halia di hiris
3 biji bawang merah di hiris
1 sudu besar halba
3- 4 cawan santan
sedikit garam dan gula
lidi secukupnya

CARA NYA
1. Bersihkan sotong dan tos sehingga kering air.
2. Kukuskan pulut sehingga naik wap.
3. Gaulkan dengan 1 cawan santan yg telah dicampurkan garam.
4. Gaulkan pulut sehingga sebati dan berminyak.
5.Masukkan pulut anggaran 3/4 badan sotong.
6. Tutup badan sotong dengan lidi kelapa yang dipotong supaya beras pulut tidak terkeluar.
7. Rebus sotong tersebut dengan 1 cawan santan sehingga masak dengan api sederhana.
8. Masukkan lagi 2 cawan santan ,halia, bawang, halba, gula & garam.
9. Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat. 



KALAU ada yang teruja jangan tunggu lama-lama memang sedap dan lazat, rasa nya yang lemak-lemak manis tapi tak terlalu manis macam ketupat palas jugak lah rasa nya tapi ada aroma sotong di situ SEDAPPP .

2 comments:

  1. salam jumaat knoor. ros buat xkukus dulu tp terus masukkan beras pulut yg rendam semalaman ke dalam sotong & masak. heheh!!!tapi i prefer kelate version.

    ReplyDelete
  2. Salam kanda kuss Teringin nk mkn tp x reti buat.. hikhik.. bole laa ilah try nnti..tq resepi.. cantik sotong tu ketat sendat molek2 je.. pandai k.nor

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home