Risoles Segera Ala Maktok

Risoles Segera Ala Maktok


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang untuk semua adik-adik bloggers, hari ni anak Noor, senang cakap mama Iman cucu kak Noor dah start kerja, jadi memang kelam kabut jadi nya sebab sepenuh masa kena jaga cucu, tapi dah nama nya orang pompuan ni tak boleh ada masa terluang sikit, mesti nak kedapur masak, hahahaa hari ni masa Iman tidur kak Noor buat RISOLES segera ni, mula ni nak bancuh tepung bagai lah, tapi bila tengok ada roti dalam petiais tu, terfikir pulak kenapa tak guna roti saja, di kukus di gelek bagi nipis, letak inti jadi lah risoles segera, nak tengok resepi mudah ni JOM!!!!




BAHAN
8 keping roti gardenia, di kukus 1 minit, di gelek sehingga nipis.
2 biji telur di pukul untuk jadikan gam dan salut pada risoles
keju mozarella secukupnya
serbuk roti secukupnya

BAHAN INTI
1 biji bawang besar dadu kecil
1/2 biji lobak merah dadu kecil
4 batang ketam stick di dadu besar
1/2 cawan isi ayam / daging dadu
1/2 biji capsicum hijau dadu kecil
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar minyak
garam dan gula secukupnya

BAHAN SOS
2 biji cili merah
2 biji bawang putih
sedikit bijan goreng
cuka, garam dan gula secukupnya





CARA MEMBUATNYA
1.  Tumiskan bahan inti sehingga layu dan secukup rasa angkat dan dan ketepikan.
2.  Ambil sekeping roti yang telah di kukus dan di gelek, taburkan cheese mozarella di atasnya.
3.  Letakkan inti di atas cheese dan gulung kemas, gam kan dengan telur.
4.  Salutkan dengan telur dan serbuk roti.
5.  Buatlah sehingga habis roti, dan gorenglah di dalam kuali yang tak melekat sehingga kuning
6.  Kalau hitam sikit tu no problem still boleh makan kan...
7.  Untuk sos tumbuk cili dan bawang putih, campurkan dengan cuka dan gula jugak bijan.



3 comments:

  1. untung Iman ...dapat mak tok yg pandai masak dan rajin mcm kak noor nih....mesti tak sabar Iman nak makan mcm org dewasa nih..

    ReplyDelete
  2. sedapnyer...lama dah tak buat risoles ni (sejak tak beli roti gardenia, asyik buat roti bun jer) ... mcm teringin la plak...kena cari roti la dulu

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home