Terubuk Masin Pulau Borneo Sedappp.

Terubuk Masin Pulau Borneo Sedappp.


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, sambil tengok tv berita terkini pasal pesawat MH370 sempat lagi menulis sepatah dua kata untuk blog, sebab kalau waktu siang memang masa sangat terhad untuk menulis, seharian out station hari ni, banyak urusan yang perlu di settle kan, jadi makan pun ala kadar je hari ni, resepi kak Noor yang sangat-sangat simple hari ni goreng terubok masin.  Terubok masin memang banyak di sebelah Borneo ni, kalau adik-adik blogger nak tau, banyak terubok masin kat rumah ni ada lah hasil dari pemberian kawan-kawan je, rezeki kan buat apa nak tolak, semoga rakan-rakan yang memberi sedekah akan bertambah-tambah lagi rezeki diaorang.



RESEPI ni memang ter sangat lah mudah, tapi rasa nya aduhhh kalau kena dengan sambal belacan memang terlarisss ni terubuk goreng ni., jom tengok resepi dulu ya

BAHAN NYA
1 ekor ikan terubuk masin di potong kecil dan di rendam 10 minit / tos kan
1 biji bawang besar di hiris
1 biji cili merah di hiris
2-3 biji limau kasturi 
sedikit minyak masak.

CARA NYA
1.  Panaskan kuali masukan minyak dan goreng lah ikan terubuk yang telah di tos kan.
2.  Goreng lah sehingga kekuningan dan garing angkat dan tos kan.
3.  Goreng bawang besar di dalam lebihan minyak ikan tadi sehingga layu, masukan cili hiris.
4.  Dah layu boleh lah di angkat di curahkan di atas ikan terubuk dan di perah limau.
5.  Sangat sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.

WADUHHHHH CAKAP PUN TAK GUNA KALAU ADA TERUBUK NI...




KALAU baru lepas demam ke, time tak lalu nasi ke memang sesuai sangat di hidangkan dengan terubuk masin ni memang tak terjangkau dek akal lah pendekata hahaha...
Jadi apa lagiiiii jom makan lagi sekali nasiiiiii.....

6 comments:

  1. looks delicious, I hope insha allah , we hear some news of the flight 307, maybe even a miracle :).

    ReplyDelete
  2. Sodap tu kak noor... dah lama tak makan, bila adik ipar dari Sarawak tu balik... merasalah terubok masin ni :)
    Ye kak noor semoga Allah permudahkan urusan MH370 tu ...

    ReplyDelete
  3. menu pembuka selera ni K.Noor....maunya bertambah2 nasi dan ikan masin ni...takyah lauk lain dah...sedapnya..

    ReplyDelete
  4. dengan ikan terubuk masin tak pernah buat gini tapi kalau ikan talang/tenggiri masin mmg buat gini. alahai teringat2 plak. nak kena p beli tenggiri masin @hua ho la pasni. hehe

    ReplyDelete
  5. kecur air liur saya nampak terubuk masin kak noor ni.. mmg sedap.. sy pernah juga mkn pemberian adik ipar baru2 ni..

    cantik blog kak noor.. tp mcm terkial2 sikit sebb belum serasi dengan layout nya... tp menarik sgt akak buat camni...

    ReplyDelete
  6. sedappp..kat Satok paling banyak jual ni..goreng garing pstu makan dengan nasik panas2..yummy!!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home