Buku Masak Yang Pertama ALHAMDULILLAH ada di jual di Pwtc

Buku Masak Yang Pertama ALHAMDULILLAH ada di jual di Pwtc



ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua yang masih sudi singgah di blog kak Noor yang sunyi sepi sejak kebelakangan ni, sangat busy dengan macam-macam acara, yang latest ke PWTC dari BRUNEI DARUSSALAM ni, nasib baik ada rumah anak sedara kat Cheras jadi takyah lah dok hotel ya dapat jumpa family jugak sambil ronda-ronda KL..

ALHAMDULILLAH AKHIRNYA buku masak kak Noor yang pertama dah keluar dan sekarang masih di jual di Pwtc sehingga 4hb Mei nanti, kak Noor pergi hari ke2 ke pesta buku tu alhamdulillah dan banyak jugak di angkut untuk bawa balik ke Brunei ni untuk warga Brunei Darussalam.

 Ini lah buku nya Kompilasi Menu Tengahari 
Ada 60 resepi di dalam nya.


 Antara yang datang memberi sokongan moral dari  Kedah
Kekanda dan Adinda ku


 Wah kemain lagi tuan punya buku ni kan, maklum lah tak pernah terfikir nak buat buku pun selama dok fb sekadar suka suki bubuh gambar masakan je hari-hari, tapi dah rezeki dan ada yang berminat 
ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH.


 Inilah Puan Sri Diah  Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf yang bertanggung jawab dan sudi menyunting kak Noor untuk buat buku, ALHAMDULILLAH setelah 6 bulan jugak bertungkus lumus menghasilkan resepi dan mengambil gambar akhirnyaaaa kini pasti...



Saat gumbira bersama mereka yang banyak memberi sokongan moral.
Pada yang sudi boleh lah mencari buku kak noor di Pwtc ya semasa masih berlangsung pesta buku sehingga 4 hb Mei ni.

Untuk warga Brunei boleh lah dapat kan terus dari kak Noor kalau ada yang terbekenan, rasa nya untuk hadiahkan pada yang baru kawin sangat sesuai, kerana ada menu seharian masakan tenghari, boleh lah whatsapp ke nombor kak Noor 8739160


16 comments:

  1. Tahniah Kak Noor atas kelahiran buku masak Kak Noor. May there be many more to come....

    ReplyDelete
  2. terimakasih MamaFami insya allah maybe akan menyusul buku ke 2 dan seterusnya chewahh kan cam beno je kan

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah dan tahniah ya kak noor..sya pun tumpang hepi juga..hihi..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah kak noor sekalung tahniah daripada ita.. insyaallah akak cuba dapatkan di pasaran nanti.. selamat maju jaya ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Ita malu nya kak noor, Ita lagi hebat dari kak Noor yg masakan se ada nya je pun, thanks banyak2 kerana Ita sudi singgah sini ya, dan tahniah jugak utk Ita kerana kejayaan Ita dan tangan magic yg menghasilkan macam2 kek yg tersangat cantik..

      Delete
  5. Tahniah kak noor... nanti nak cari buku masakan kak noor ni ;)

    ReplyDelete
  6. terimakasih Yati ya sementara ada pesta buku ni kena cari lah sbb mungkin tkde kat kedai ramai yg cari..

    ReplyDelete
  7. Tahniah sekali lagi kak noor, Insyaa allah esok ana ke pwtc..bolehlah cari buku kak noor ni...:)

    ReplyDelete
  8. Tahniah Kak Noor, kita yang dekat ini pun tak sempat lagi nak berkunjung ke PWTC...

    ReplyDelete
  9. Sekalung tahniah buat Kak Noor.. Cheq tumpang bangga laa.. nanti ada masa nak pi cari buku ni..

    ReplyDelete
  10. Tahniah Kak Noor - semoga buku ke-2 menyusul tak lama lagi.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home