Kerabu Jantung Pisang Enak Bangatt

Kerabu Jantung Pisang Enak Bangatt


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua nya ya, hari ni hari cuti masa untuk berehat dan bersantai-santai, masak pun ala kadar saja lah, mesti ada yang coti masak hari ni kan, kalau boleh semua nak order dan makanan dah terhidang di depan mata. Resepi akak hari ni pun agak simple dimple je main rebus - rebus je, jom tengok resepi, sebelum tu tak lupa terimakasih pada KAK NOR SECUBIT GARAM kak noor sekodeng dari blog Kak Nor ni dan izinkan kak Noor letak kat blog jugak untuk rujukan teman-teman dan anak-anak ya.





KERABU JANTUNG PISANG
resipi asal Sheila Rusly
Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang) 
Bahan A:
1 biji cili merah
5 biji cili padi
1 sm belacan siap dibakar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji lada hitam

*Tumbuk semua bahan A hingga lumat

Bahan B:
1/2 biji jantung pisang awak- saiz besar, kalau kecik guna 1 biji ye..
- buang kulit luarnya hingga tinggal bahagian dalam berwarna cerah.
1 biji tomato dihiris nipis
1/2 labu bawang besar dihiris nipis
1 ekor ikan senangin/ kembung/ sardin- gaul garam dan kunyit dan goreng separa garing (resepi asal ikan kembung direbus)- ambil isinya sahaja dan carikkan dengan tangan.
2 sudu besar santan pekat/ pati santan
1 biji limau nipis- diperah jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
Didihkan air dalam periuk.
Jantung pisang dibelah 2 dan dicuci dengan air.
Rebus jantung pisang selama 15 minit. Angkat dan toskan.
Hiris nipis dan masukkan ke dalam mangkuk.
Masukkan Bahan A yang telah ditumbuk diikuti bahan B.
Gaul rata dan rasa masin dan manisnya. Jika cukup, bolehlah dihidangkan.
Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais jika ada baki sebelum dihidang lagi....

*** tips sedap: kerabu memang selalunya lebih enak jika terasa kepedasannya, tapi bagi yang 'perut nipis'boleh gantikan cili padi dengan cili merah atau kurangkan jumlahnya....

***kerabu ni boleh dimakan dengan nasi putih tanpa lauk lain kerana telah ada isi ikan di dalamnya.



Kak Noor suka meratah kalau kerabu macam ni, sebelum makan nasi ratah dulu kerabu dah hampir kenyang baru makan nasi, jadi nasi kita tak ambil banyak sangat kan, tapi kan didalam kerabu tu ada santan jadi 2x5 5x2 jugak kan hahaha


6 comments:

  1. dah lama xmakan kerabu jantung pisang..tiba2 teringin nak makan...salam ukhwah..

    ReplyDelete
  2. Ha hahaha lawaklah Kak Noor.... santan jadi 2x5 5x2 pulak ye... apa pun memang kerabu jantung pisang tu sangat menggoda selera! Nak buat cemana... jauh sangat dapur Kak Noor... nak berenang pun tak sampai. Jamu mata ajelah jawabnya ye kak...

    ReplyDelete
  3. Sedap makan jantung pisang, cicah saja dengan sambal pun mabeles...

    ReplyDelete
  4. sedap ni kak noor,saya pernah makan dulu-dulu.

    ReplyDelete
  5. saya pun faveret gak ni kak Noor... buat masak lemak cili padi pun sedap jugak... buh ikan bilis je..

    ReplyDelete
  6. zils pun fav jgk ne kak..tp dh lma x beli jntung.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home