Kuih Kosui / Kuih Lompang Kuih Asli Yang Sedap

Kuih Kosui / Kuih Lompang Kuih Asli Yang Sedap

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua nya.
Hari ni kak Noor nak kongsikan resepi mudah yang dah lama tak buat dan tak makan, sesekali makan kuih lama ni best jugak, lagipun selera sekarang dah berubah, nak yang pesen lama lah pulak, al maklum umur dah bertambah jadi selera pun dah bertukar jugak.
Resepi ni akak cari - cari je kat internet terbekenan kat resepi dari blog LAMAN SUTERA ni, akak minta izin letak kat blog akak ya dik.





Bahan-bahannya:
(A)
1. Tepung gandum ~ 1 setengah cawan
2. Tepung jagung/sagu ~ Setengah cawan
3. Gula merah ~ 2 cawan
4. Garam halus ~ Suku camca kecil
5. Air ~ 4-5 cawan atau secukupnya (ikut lembut)
6. Kapur makan (bancuh dengan sedikit air) ~ Suku camca teh
(B)
1. Garam halus ~ Secukupnya
2. Kelapa muda ~ diparut (putih sahaja) untuk hiasan dan penambah rasa

Cara membuatnya:
1- Campurkan kesemua bahan (A) ke dalam bekas kecuali air dan kapur.
2- Tuang air sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dengan pemukul telur. Masukkan air kapur, kacau lagi.
3- Tapiskan bancuhan tadi ke dalam jug plastik supaya mudah untuk dituang ke dalam acuan (kecil).
4- Tuang bancuhan ke dalam acuan kecil yang telah disapukan sedikit minyak.kaknoor guna loyang je.
5- Kukus selama 15-20 minit. Sebaik sahaja dikeluarkan dari pengukus, segera tuangkan lebihan air dari atas kuih sekiranya ada.
6- Sejukkan sebelum dikeluarkan dari acuan.
7- Hidangkan bersama bahan (B) (yang telah digaul rata) mengikut cara anda.



LOMPANG ni anak-anak tak suka sangat, yalah kalau kuih takde mentega tkde coklat memang tolak tepi lah, tapi kalau selera orang tua memang suka yang pesen ni, ada kelapa, takde telur, selera di tangan sendiri kan up to diri masing-masing lah..

5 comments:

  1. kak Noor, kuih cam ni mmg sesuai sgt dengan tekak SB tapi anak2 tak gemar nak makan..

    ReplyDelete
  2. Peberet saya ni kak noor.. rasa nak buat lagi... eemmm enaknya :)

    ReplyDelete
  3. Betullah kak Noor, ni kuih selera orang tua... saya pun suka...

    ReplyDelete
  4. Sy suka he hee dah biasa dari kecik mak jamu kuih gini kan
    Alhamdulillah dpt asben pulak peminat kuih ni

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home