Scotch Bonnet Antara Cili Yang Paling Pedas Dunia

Scotch Bonnet Antara Cili Yang Paling Pedas Dunia

 ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang, hari ni kak noor nak show cili scotch bonnet ni yang dah tumbuh dan berbuah, alhamdulillah walaupun tak lah sebanyak mana tapi dah happy bangat dengan hasil tanaman sendiri, lagipun benih nya dari jauhhh di UK pesan dengan anak-anak suruh beli cili ni bawa balik dan biji nya simpan, untuk ditanam.



 AGAK lama jugak ni nak tumbuh sampai gini, start tabur benih masa ujung bulan 12 tahun lepas, takut tak tumbuh sebab benih dari tempat sejuk, tapi kak Noor tanam di belakang rumah yang terlindung matahari., akhir nya my scotch bonnet jadi jugak buah nya, ni belum masak lagi, masih hijau sayang je nak try, kabar nya walaupun hijo cili ni tetap pedasss giler.



JANGAN  salah anggap pulak sebab cili ni lebihkurang macam buah jambu air jugak.



SANGAT pedas giler cili ni akak buat sambal belacan terpaksa letak gula lebih..



ORANG JAUH jamu mata saja ya..


ADA yang bekenan tak dengan cili ni, akak ada pos kan kat Fb ada sorang celebrity yang teringinkan cili ni hehee insya allah dah masak nanti boleh lah di pos kan.

8 comments:

  1. unik la bentuk dia kan, macam buah jambu yang kecik2 tu :)

    ReplyDelete
  2. kalau saya buat perhiasan aje ler cili ni kak...

    ReplyDelete
  3. Salam, mesti tambah cantik bila dah masak bertukar warna, cantik tapi pedas menyengit....teringin nak rasa.

    ReplyDelete
  4. assalam kak nor
    berkenan sy he hee cute lah
    bestnya lihat buah2 cili depan mata
    memang puas kan dpt tanam pokok dan bila ada bolh lihat hasilnya

    ReplyDelete
  5. ooo cantik cili ni kalau buat perhiasan..saya ada tgk dalam astro ,lupa nama cili yang pedas sangt..sampai kena pakai glove kalau nak pegang cili tu..

    ReplyDelete
  6. we use scotch bonnet very often in out cooking. cant wait for you recipe

    ReplyDelete
  7. tak tahan saya kalau pedas sgt kak Noor...jauh dtg biji benihnya...

    ReplyDelete
  8. kak... kalau ada benih cili ni nanti saya nak boleh tak? nanti bagitau kat email saya soufeeluqman@yahoo.com ye. TQ

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home