Telur Ayam Bungkus Daging

Telur Ayam Bungkus Daging


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
SEBENARNYA dah lama kak noor nak buat telur bungkus ni dok berangan je tak jugak buat nya, jadi hari ni merajinkan diri buat telur bungkus, sekodeng dari resepi IBUNDO 
Lately Ibundo dah lama tak nampak update blog kan, ada sesiapa perasan tak? kalau ada yang tau kongsikan ya rindu lah dengan Ibundo/Kak Pah ni..

Kalau ikut kak Pah dia guna telur puyuh, tapi kak Noor dah tak sabar nak buat jdi guna telur ayam je tulah agak beso gabak tu tapi puas hati makan haha..




Bahan:20 biji telur puyuh direbus dan buanglah kulitnya kak noor guna telur ayam je
400 gm daging cincang ramli.1/2 biji bawang besar1 sudu kecil lada hitam1 biji telursedikit serbuk stok ayam/dagingsedikit garam 1 sudu besar tepung gandum1 tangkai daun sup dicincang halus halus.


Campurkan kesemua bahan di atas. Ambil sekepal daging dan leperkan di tapak tangan.  Masukkan telur di dalamnya dan bungkus kemas. Pastikan daging yang membaluti telur tidak terlalu nipis. Nanti bila digoreng habis terbukak, menangis tak berlagu pula nanti.Buat seperti itu sehingga habis.


Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. 




SELAMAT MENCUBA ya untuk adik-adik akak memang sedap ni
rasa daging dan telur bersatu ..

5 comments:

  1. macam sedap jer.. macam nak jerr.. hehee.. mailaa seketoi maktok.. ;)

    ReplyDelete
  2. takpe kak noor, guna telur ayam kurang sket kolestrol abnding dengan telur puyuh...telur apa pun tetap sedap.

    ReplyDelete
  3. thanks untuk resepi..insyaAllah nak try ujung minggu ni..dah bookmark..hehe

    ReplyDelete
  4. saya pernah mkn telu bungkus cm nih, tp kedai tu guna telo masin..perghh..sedap oooo

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home