Ikan Tongkol Masak Cuka Dengan Kacang Panjang.

Ikan Tongkol Masak Cuka Dengan Kacang Panjang.


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya, aduhhhhhhhhhh lama nya kak noor tak singgah blog, dah bersawang rasa nya ni, seminggu lebih tak menjenguk, tak tau lah dimana salah nya macam malasssssss je kan, nak menulis adinda semua tau tak apa ubat untuk merajinkan diri ber blog ni haha, kalau ada yang nak kongsikan dengan kak Noor please!!!! kalau ada vitamen untuk rajin mahu lah kak Noor ni.

Berbalik pada resepi hari ni kak Noor nak kongsikan resepi masakan yang sangat famous di sebelah utara Malaysia, orang-orang negeri Kedah mesti dah tau sangat dengan masak cuka ikan kayu ni, ada jugak yang masak untuk majlis kawin sebab dah jemu dengan ayam dan daging, jadi diaorang ubah ke Ikan Masak cuka  ni, jom semak resepi, memang sedap kalau lidah utara, tak tau pulak selera adinda semua, mesti cuba lah kalau nak tau sedap ke tidak kan...






Ikan Tongkol Masak Cuka dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.




Kalau ada yang bingong nak masak apa untuk esuk NAH!!!! cuba lah try masak cuka ni ya mesti nak lagi dan lagi lagi hehee, angkat bakul lah pulak maktok ni kan kan...
Ok babaiiiii tata titi tutu..

7 comments:

  1. Aduh Sedapnya ikan tongkol kak noor.. saya nak mkn ikan ni bila balik kg jer.. sbb en suami tak mkn.. huhuhu..
    mak saya Selalu masak ikan tongkol ni, masak lemak cili padi sama dgn pucuk ubi.. perghh Memang menjilat jari dibuatnya ;-)

    ReplyDelete
  2. selalu mak angkat di sidam masak ikan cuka guna ikan kembung jer...tapi sedap jgak..

    ReplyDelete
  3. Mak Tookkkk...hahah...lemau kan nak update blog + tak tau nak boh apa..haha..hari2 masak yang sama jek..pekabar kak Nor? Nak nasik berlauk sebungkus!!

    ReplyDelete
  4. masak cuka ikan tongkol..tringat mak kat kmpung..tapi mak ecah suka letak timun..

    ReplyDelete
  5. menu yang tak jemu dimakan dulu , kini dan selamanya..

    ReplyDelete
  6. salam ziarah
    tak pernah cuba lagi masak ikan tongkol..selalunya beli ajer

    ReplyDelete
  7. assalam kak nor
    walaupun "m" kaknoor sekali keluar entry mabeless la
    mengoda selera sy ni he hee ikan tongkol masak cuka memang sedappp

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home