Nangka Muda Masak Lemak Dengan Telur Terubuk Masin

Nangka Muda Masak Lemak Dengan Telur Terubuk Masin

ASSALAMUALAIKUM dan  apa kabar agak nya adik-adik blogger semua ya, lately kak Noor memang sangat busy dengan macam-macam program dan tempahan makanan, sampaikan masa untuk ber blog pun agak terhad, mana lagi nak menguruskan cucunda sorang tu, tapi walau apa pun memasak memang tak boleh di abai kan hari-hari cuma ada kala nya tak sempat nak ambik gambar dan menulis, so terlepas lah satu menu haha, tapi hari ni ada sedikit waktu dapat kongsikan masakan ni yang jarang sangat dapat makan, kebetulan korek-korek petiais ternampak telur ikan terubuk masin yang dah lama beli tapi belum sempat di masak, kebetulan pulak ada nangka muda di beli oleh Pak Haji, jadi Mak Hajah pun tak tunggu lama terus terpikir nak masak lemak dengan telur ikan tu...

Jom semak resepi mana tau kalau adik-adik jugak ada telur ikan terubuk yang belum di masak boleh tiru macam kak Noor jom!!




BAHAN NYA
200 gm nangka muda di rebus sekejab
220 ml santan / 1 kotak
1 keping asam keping
Sepasang telur ikan terubuk masin di rendam
5 biji cili padi
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
garam, gula dan air secukupnya

CARA NYA
1.   Cili padi, cili merah, bawang merah dan halia di tumbuk kasar.
2.   Serai di ketuk, dan masukan dalam periuk bersama bahan tumbuk.
3.   Tambahkan separuh daripada santan dan secukupnya air dan masaklah sehingga mendidih.
4.   Masukan asam keping, nangka dan telur ikan.
5.   Tambahkan air, garam dan gula secukupnya, masak lah sehingga mendidihkan dan mesra.
6.   Akhir sekali tambahkan lebihan santan tadi kacau sekejab dan angkat.

MASAK LEMAK PERLU DI KACAU SELALU SUPAYA SANTAN TAK PECAH MINYAK, KALAU SANTAN DAH PECAH MINYAK MEMANG TAK CANTIK MASAK LEMAK OK.




Sedap dimakan dengan nasi yang panas-panas.



Selamat mencuba untuk adik-adik semua ya, tapi kalau makan nangka ni pada  yang tak tahan akan kembung perut, jadi petua nya kena letak halia dalam masakan nangka jadi ok lah tu kan, boleh letak banyak-banyak pada yang suka dan takut kembung perut, tapi bagi kak Noor biar lah kembung perut asalkan kenyang perut ya tak!!!!

7 comments:

  1. adoiii... stress nengok nangka muda dlm masak lemakk.. sukaa sgt2.. dulu2 boleh mkn, skrg dh xleh makan langsung nangka, angin teruk sgt bila makan.. sedih sedih..

    ReplyDelete
  2. ohyeke Tun, sian yg sedap2 tkleh makan sabo ek mana tau lepas2 ni nanti dah boleh makan siapa tau kejaiban Allah..

    ReplyDelete
  3. wah, memang semangat ni kalau dapat makan kak noor..heheh..

    ReplyDelete
  4. pergh...ni memang sayur n lauk kegemaran gue Kak Noor...nape jauh sangat....klu dekat boleh juga singgah jengah nangka masak lemak...hihi

    ReplyDelete
  5. yang ini mmg feveret KA anak beranak !

    ReplyDelete
  6. lama dh x mkn nangka k.nor..moga k.nor sentiasa sihat ..ameen

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home