Soft and Chewy M&M Cookies

Soft and Chewy M&M Cookies


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua yang sudi singgah di blog kak Noor, hari ni anak kak Noor teringin nak makan cookies, dia cari kan resepi dalam internet, akak buat saja kebetulan semua bahan-bahan dah ada, kesian jugak sebab dia sekarang sedang exam A level, jadi apa saja permintaan nak makan memang mama ikut kan, dah habis exam nanti belakang kira lah hahaha...





BAHAN NYA
1 cawan mentega tanpa garam
400 gm tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking soda
1/4 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 biji telur
1 biji telur kuning
2 sudu besar susu segar
1 1/2 esen vanila
1 cawan M & M


CARA NYA
1.  Cairkan mentega dan ketepikan.
2.  Ayak tepung, garam dan baking soda dalam mangkok besar.
3.  Pukul mentega dan gula sehingga sebati, masukan campuran telur, susu dan vanilla dengan kelajuan sederhana.
4.  Masukan campuran tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukan separuh daripada M&M, kacau rata.
5.  Masukan doh di dalam petiais selama 1 jam.
6.  Panaskan oven 150 'C atas dan bawah.
7.  Skopkan adunan di atas dulang yang telah di lapik kertas minyak.
8. Bakar selama 15 minit, keluarkan dan letakkan lebihan M&M di atas cookies.
9. Sejukkan dan boleh lah menjamu selera.

JANGAN TAK TAU COOKIES NI MEMANG CANTIK DAN SEDAP LAGI, SIAPA YANG ADA ANAK-ANAK YANG BERUMUR DALAM 3-4 TAHUN TU FAV GILER NI, HATTA ORANG TUA PUN SUKAAAAA, JADI JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA UNTUK MENCUBA COOKIES NI.




Nampak tak yang tomey - tomey kat atas, tuan umah dengan rileks nya memakan cookies yang sedap ni, adik-adik semua bila lagi????



OK SELAMAT MALAM YA, KAK NOOR NAK MAKAN BENDA SEDAP NI 
HEHEHEE...

3 comments:

  1. yes Nammi, I also like this cookies...

    ReplyDelete
  2. Mudah tengok resepinya kak noor.. boleh lah dicuba nanti ni :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home