Stuffed Aubergine ( Terung Sumbat )

Stuffed Aubergine ( Terung Sumbat )


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, baru ada kesempatan untuk mengupdate blog ni, dah suam-suam kuku dah blog ni dek kerana kebizian yang melampau, resepi hari ni yang jarang dimasak, tapi sesekali tukar selera pulak lah ya, daripada terung kari, terung sambal, kali ni kak noor buat terung sumbat, tak susah sangat pun cuma sikit rumit lah, tapi yang rumit tu lah yang sedap kan, jom tengok resepiii...





Stuffed Aubergine ( Terung Sumbat )

Bahan-bahannya
4 biji terung yang agak besar
1 biji capsicum hijau didadu
1 biji tomato didadu
5 biji cilipadi di hiris
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang
2 sudu cili sos
1 sudu lada hitam di tumbuk
Cheese mozzarella secukupnya
Sedikit minyak dan perasa

Cara memasaknya
1.    Panaskan oven pada suhu 220’C
2.    Belah terung menjadi setengah secara memanjang, korek isi terung, tinggalkan sedikit yang melekat pada terung.
3.    Sapu sedikit minyak pada dalaman kulit terung, taburkan garam dan lada hitam, tutup dengan foil dan bakar selama 20 minit.
4.    Potong kecil isi terung yang di keluarkan tadi.
5.    Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, masukan isi terung dan kacau sehingga lembut.
6.    Masukan capsicum, cili potong dan cili sos, tambahkan perisa dan masukan cheese, kacau sehingga pekat dan tutup api.
7.    Masukan bahan goreng kedalam kulit terung, taburkan cheese parut, renjis sikit dengan minyak dan bakar selama 15-20 minit lagi sehingga cheese cair.
8.    Terung sumbat dah sedia untuk di hidangkan.



ESUK cuti boleh lah intai-intai petiais kalau ada terung  boleh lah buat macam ni sedappp tau di ratah begitu saja atau dimakan dengan nasi, tukar selera mata biru pulak...


6 comments:

  1. Salam perkenalan Kak Nor. Macam sedap je resipi terung sumbat ni. Jemputlah melawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com. Tima kasih

    ReplyDelete
  2. terung ni memang fav ana, kak noor..nak cuba buat yg ni pula..tqvm :)

    ReplyDelete
  3. bukan main canggih lagi nama menu ni..rupanya terung sumbat..heheh, sedap ni kak noor..

    ReplyDelete
  4. Mak Aihhh... Kak Noor, yang ni betul2 mencabar diet nih. Rakyat dalam umah ni tak makan terung, jadi orang lain boleh pandang jerlah, heheheh

    ReplyDelete
  5. Pergh...ni yang tak tahan tengok ni...yg sumbat2 tu memang leceh sikit penyediaan,tapi makan sekejap je dah licin...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home