Donut Kentang Yang Sangat Lembut & Gebus

Donut Kentang Yang Sangat Lembut & Gebus


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi donut yang sangat lembut dan sedap, dah lama buat tapi tak sempat nak update, baru hari ni berkesempatan update sebab dah ada dalam draf, begitulah sibuk nya tugasan seorang surirumah aka maktok dengan seorang cucu., memasak donut ni pun menunggu cucu tidur dulu baru dapat di lepaskan hajat dihati haha, jom tengok resepi yang akak sekodeng dari blog JINTANMANIS, izinkan akak kongsikan jugak diblog kak noor ya.



DONUT KENTANG
Sumber resepi : rosmarlina @ jintanmanis

BAHAN NYA
250 gm tepung gandum
80 gm kentang yang di rebus dan di lenyek
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur di pukul
80 ml susu segar
1 1/2 sudu marjerin
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis

CARA NYA
1.  Masukan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
2.  Pastikan doh betul-betul lembut dan tidak terlalu lembik, uli selama 8-10 minit.
3.  Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik dan biarkan doh naik 2x ganda selama 40 minit.
4.  Kemudian tumbuk-tumbukkan supaya keluar angin, gelekkan di papan pencanai dan terapkan.
5.  Biarkan donut naik lagi 2x ganda kemudian gorenglah dengan minyak yang panas sehingga kuning.
6.  Salutkan dengan gula icing atau coklat.
7.  Donut kentang dah boleh di nikmati.



MEMANG sedap di makan donut ketika masih suam-suam kuku tu sebiji memang tak cukup.



TAK RUGI mencuba resepi ni, adik-adik yang lain bila lagi?? 
RAMADHAN dan hampir boleh buat untuk juadah berbuka ni, fresh dari dapur sendiri, taklah asyik ke bazar ramadhan saja setiap hari kan, belum tentu sedap lagi...

5 comments:

  1. assalam kak noor
    sy tgk pun tergoda kak
    sedapp ni.ank2 dara sy suka makan donut

    ReplyDelete
  2. sungguh cheq tergoda kak Noor..

    ReplyDelete
  3. salam kak noor..

    memang cantik gebu donut tu..macam mau minta ja satu..hehe..

    ReplyDelete
  4. Nak rasa tgn tak smpi...tgk dgn rasa teringin je la org kat sini...rasanya day setahun sy x mendonat

    ReplyDelete
  5. lama tak buat donat. ni kalau anak dara sy tgk mesti suruh sy cuba...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home