Masak Lemak Putih Buah Munggai & Udang Kering

Masak Lemak Putih Buah Munggai & Udang Kering

Assalamualaikum dan selamat malam, hari ni kak noor nak kongsikan resepi yang jarang sangat kita buat, sebab kat sini jarang jugak jumpa buah munggai ni, tak tau kat tempat lain sebut buah apa, tapi kalau versi utara memang buah munggai lah di sebut, kebetulan baru ni akak ternampak buah ni kat supermarket, memang akak tak lepaskan peluang, walaupun harga nya agak mahaiii, tapi dah teringin punya pasaiii layan je selera orang-orang lama ni, anak-anak memang tak makan benda ni, untung kan mama boleh makan sorang hahaha..




BAHAN NYA 
7 biji cili padi 
3 ulas bawang merah 
5 tangkai buah munggai ( dibuang kulit kerasnya)
2 cawan santan pekat 
1 cawan air
1 keping asam gelugur
1 batang serai  di ketuk
garam dan gula secukup rasa

CARA NYA

1.  Mesin kasar cilipadi, udang kering dan bawang merah.
2.  Masukkan serai, 1 cawan santan dan bahan mesin ke dalam periuk dan masaklah sehingga mendidih bersama sedikit air.
3.  Masukkan juga buah munggai bersama asam,garam dan sedikit gula.
4.  Bila dah lembut buah munggai tambahkan dengan lebihan santan dan air dan renihkan dengan api yang kecil supaya tak pecah minyak.
5.  Dah secukup rasa boleh lah di angkat dan dihidangkan.




SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA.
BUAH NI DI HISAP TAU BIJI YANG DI DALAM SEBAB DI LUAR TU AGAK KERAS, SUSAH NAK EXPLAIN HANYA YANG RETI MAKAN SAJA DAPAT MENAFSIRKAN.

4 comments:

  1. assalam kak noor..

    macam first time juga dengar buah mungai ni..

    ReplyDelete
  2. As salam kak.noor.

    Mcm ia mcm tak berapa pasti...adakah asal bentuk dia yg panjang tu?

    ReplyDelete
  3. Sedap tu kak noor.. saya suka dimasak dalca mungai ni.. tak pernah pulak makan masak lemak putih ni.. tengok sedap jer tu :)

    ReplyDelete
  4. Letak dalam kari pun sodap ni kak.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home