Tongkol Lemak Kuning Cilipadi Yang Marbelesss

Tongkol Lemak Kuning Cilipadi Yang Marbelesss


ASSALAMUALAIKUM  dan salam jumaat untuk semua nya, agak nya masak apa adinda-adinda kaknoor hari ni ya, disini hanya ini yang dihidangkan, biasa lah orang melayu tak dapat di pisahkan dari masak lemak ni, sehinggakan  hubby yang bukan dari keturunan melayu pun dah jatuh cintan cintun dengan masak lemak ni, hebat kan!!!! resepi nya tak lah susah sangat pun campak-campak je , jom sekodeng resepi yuk...



BAHAN NYA
1 ekor ikan tongkol besar dipotong ikut suka
Cuci bersih gaulkan dengan kunyit hidup yg ditumbuk, goreng dan ketepikan.
2 cawan santan
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
1 biji tomato di belah 4
garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK
7 biji cilipadi
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
2 biji buah keras

CARA MEMASAK NYA
1.  Masukan bahan tumbuk dalam periuk, tambahkan 1 cawan santan, serai dan asam keping.
2.  Didihkan dengan menggunakan api yang kecil dan di kacau selalu supaya tak pecah minyak.
3.  Masukan garam dan gula jugak ikan bersama lebihan santan, masak sehingga mendidih.
4.  Bila dah cukup rasa boleh lah diangkat dan masukan tomato potong.




TOMATO menambahkan rasa masam dalam masak lemak ni dan sangat sedap digandingkan dengan ikan tongkol, tak percaya kena buat sendiri.



SELAMAT MEMASAK UNTUK SEMUA PEMINAT MASAK LEMAK
YANG PASTI NASI BERTAMBAH KALAU ADA MENU NI..



7 comments:

  1. Perghhh memang sedap kak noor .. masak lemak kuning tongkol ni mak selalu buat.. pastu campur pulak dengan sayur pucuk ubi kak noor.. menjilat jari dibuatnya :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya gulai ikan tongkol..mak pun selalu buat gulai lemak ikan tongkol ala kelantan.

    ReplyDelete
  3. betulll..suami sy kalau sy buat masak lemak kuning ni berkali2 tmbah..sronok je rasa bila suami mkan bnyak..

    ReplyDelete
  4. alamak. terliurnya sya tengok kak..aduhai..

    ReplyDelete
  5. Definately I will try this yummy recipe kak Noor. Tq

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home