Blog Bicara Kak Noor Antara TOP FOOD BLOG Di MyTasteIndonesia Syukur ALHAMDULILLAH.

Blog Bicara Kak Noor Antara TOP FOOD BLOG Di MyTasteIndonesia Syukur ALHAMDULILLAH.


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua, hari ni maktok happy bangat sebab blog ni antara terpilih untuk TOP FOOD BLOG di MyTasteIndonesia,terimakasih banyak pada
Immanuel Kabuhung yang sudi melamar blog kaknoor ya, di bulan yang mulia ini mendapat kabar gumbira syukur ALHAMDULILLAH di atas rezeki dari NYA.

Untuk mencari resepi kaknoor dan  senusantara yang lain boleh lah klik 






Berbalik pada resepi hari ni ialah roti canai homemade bersama kari ayam, mula nya memang malas jugak nak buat sendiri tapi desakan anak-anak katanya lama dah mama tak buat sendiri jadi nak tak nak buat lah demi anakanda-anakanda di rumah, lagipun hujan renyai-renyai jadi malas nak keluar beli  makanan, so di dapur saja lah kaknoor menguli roti canai ni..

RESEPI ROTI CANAI
Bahan nya
500 gm tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar garam
1 sudu susu pekat
1 biji telur
3/4 - 1 cawan air
1 sudu besar marjerin

Cara nya
1.  Campurkan susu, garam, gula dan telur kedalam bekas air, kacau sehingga larut.
2.  Masukan campuran ini kedalam tepung dan uli sehingga menjadi doh, rehatkan 10 minit.
3.  Uli lagi doh sehingga menjadi doh yang kenyal.
4.  Bulatkan doh menjadi 10 bahagian, susun didalam bekas dan sapukan dengan marjerin.
5.  Perapkan selama 3 jam atau lebih.
6.  Kemudian ambil sebiji, nipiskan jangan lupa letak sedikit minyak di tangan supaya adunan tidak koyak.
7.  Tebarlah se nipis yang mampu, lipat kiri kanan dan disisi atas dan bawah dan boleh lah di goreng.
8.  Gorenglah dengan menggunakan minyak yang sedikit, sehingga keperangan depan dan belakang.
9.  Buatlah sehingga habis adunan roti canai tadi.
10. Sedap dimakan bersama dengan kari ayam kaw kaw.


RAJIN KAN !!!!Kak noor hari ni siap menyinsing lengan lagi menebar roti, tapi alhamdulillah anak-anak kata sedapppppppp tulah yang macam nak menebar lagi tu hahaha..

5 comments:

  1. kak nor, selamat berpuasa!!

    bila ada yang nak makan, kita pun semangat nak membuat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cheqsu begitulah mama kan sanggup masak apa sajaa fav anak2 walaupun sebeno nya agak malas hahahaaa

      Delete
  2. amboii kak Nor...hebat menebar noo..haha..
    selamat berpuasa kak

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home