Carrot Cake Resepi Sheila Spices Mesti Lazat Punya..

Carrot Cake Resepi Sheila Spices Mesti Lazat Punya..


ASSALAMUALAIKUM dan  salam 27 ramadhan untuk semua, Insya Allah lagi dua atau tiga hari lagi kita akan merayakan hariraya Aidilfitri Insya Allah ya, dan hari ni kaknoor memberanikan diri untuk membuat kek carrot ni khusus untuk hariraya, memang pertama kali buat carrot kek ni dan tengoklah betapa seni nya tangan maktok tu kan hahahaa compang camping U, utk resepi nya kaknoor terjah blog SHEILA SPICES tapi idok lagi lawa macam tuan tanah Sheila, it ok kan  praktis make perfect lepas ni kita buat lagi bagi lawa mawa noooooo....



BAHAN NYA
2 biji carrot sederhana di parut halus
250 gm tepung gandum
200 gm gula perang
220 gm butter di cairkan
50 gm walnut
50 gm pecan
70 gm nenas kiub dicincang
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonat soda
1/4 sudu teh cinnamon
1/4 sudu teh nutmeg

CARA NYA
1.  Sediakan loyang dan griskan dengan mentega.
2.  Kaknoor jugak guna 2 loyang 8x8 untuk dapatkan 2 lapisan.
3.  Panaskan oven suhu 150'C (ikut oven masing2 ya) selama 15 minit.
4.  Panggang walnut dan pecan kemudian cincang kecil.
5.  Ayak tepung, baking powder,bicarbonat soda, cinnamon dan nutmeg.
6.  Pukul telur dan gula sehingga kembang, masukan butter yang selangseli dengan tepung.
7.  Masukan carrot, pecan, walnut dan nenas.
8.  Gaul rata dan bakar selama 30- 40 minit atau sehingga masak.

TOPPING CHEESE
250 gm cream cheese
50 gm gula icing
100 ml whipping cream

Putar cream cheese dan gula sehingga lembut dan berkrim masukan whipping cream, dan pukul lagi sehingga kembang. Boleh lah di sapu pada kek ikut kreativiti sendiri, kalau pandai deco cantiklah kek tu, tapi kalau tangan tu keras sangat jadi lah yang macam kaknoor kat atas tu hahaa, adoiiii orang tua mendeco macam tu lah..



My first carrot cake hasil tangan keras ku
Jangan keji dosa tu hahaha..

1 comment:

  1. hohoho.. nampak cantik disitu kak noor.. bestnya carrot cake :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home