Cream Horn Yang Ranggup & Manis Juga Cantik.

Cream Horn Yang Ranggup & Manis Juga Cantik.


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua nya.
SEMOGA semua nya sihat walafiat hendaknya ya.
HARI ni kaknoor nak kongsikan satu resepi yang di ideakan oleh anak kaknoor
MADIHAH yang sangat suka membaking, tapi kali ni semua ikut turun padang sebab tertarik dengan horn.
MULA nya idea tu beli dekat seseorang tapi rasa nya agak kurang lah tak tau lah dimana silapnya.
JADI dengan bertemankan internet Madihah sibuk menggoggle resepi CREAM HORN ni akhirnya terjumpa lah resepi yang sangat mudah dan senang, cuma kena beli corn mould tu lah untuk mendapatkan bentuk.


SEKARANG NI  benda yang kita rasa susah pun semua nya dapat kita buat dengan ada nya internet
BETUL TAK??

CUBA CEK RESEPI NI TENTU ADIK-ADIK SEMUA TAK SABAR NAK BUAT.




Bahannya
1 peket puff pastri KAWAN
1 tin susu cair
1 tin air
5/6 sudu tepung kastad
gula secukup rasa

Cara membuat kastad
Susu, air, tepung kastad dan gula di kacau sampai larut. Masak di atas api dengan menggunakan api yang perlahan.  Masak sehingga pekat.

Cara membuat horn
Ambil sekeping pastri,  gelekkan biar agak nipis, potong 3 bahagian.  Ambil satu bahagian, balutkan di corn mould, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 15-20 minit dengan suhu 150'C atau sehingga kekuningan.  Dah masak keluarkan dari mould, isi kan dengan kastad, cream horn sedia untuk di nikmati masa berbuka puasa.



KALAU suka taburkan dengan icing sugar kat atas CREAM HORN



Ada yang dah testing memang SEDAPPPP BANGAT, ranggup dan manis
Menepati citarasa semua.
CUBA LAH...

4 comments:

  1. Memang cantik Kak Noor.... sangat cantik! Sayang nak makan!

    ReplyDelete
  2. bukan cantik saja Mie tapi sedap tak sempat nak ulang banyak kali dah licin..

    ReplyDelete
  3. Kak Noor, maksudnya mould tu kena ada banyak lah yer.... Wah...desert yang bagus ni kan...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home