Double Chocolate Strawberry Zebra Simple Senang Sedap

Double Chocolate Strawberry Zebra Simple Senang Sedap

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk pada yang sudi berkunjung diblog ini, dan selamat menjalani ibadah puasa yang ke8 hari ni. Pejam celik pejam celik dah 8 hari kita berpuasa, semoga kita semua diberi kesempatan oleh ALLAH SWT untuk menghabiskan puasa di tahun ni dan didalam keadaan yang sihat walafiat di samping family.

Berbalik pada resepi hari ni, strawberry chocolate ni sebenarnya menu semalam, kebetulan dah ada starwberry dalam petiais tak sempat nk makan jadi kaknoor buat je bersalut dengan chocolate, alhamdulillah ramai pulak peminat nya, apa lagi bila di makan sejuk-sejuk, memang lazat masam-masam manis.




Resepi nya sangat mudah
Kita hanya perlukan

Buah strawberry secukupnya
Coklat putih 
Coklat bar biasa
Pencucuk yang sesuai

Cara nya
Cairkan coklat bar secara double boil, agak-agak je berapa banyak strawberry yang kita ada lah, kemudian celupkan pada strawberry yang telah di cucuk dengan pencucuk yang sesuai supaya senang kita pegang.  Cucukkan di gabus dan biarkan coklat kering sekejab, kemudian cairkan pulak coklat putih, bila lapisan coklat dah kering, lorekkan ikut kreativiti sendiri coklat putih pada strawberry coklat tadi dan biarkan kering. Masukan dalam petiais untuk lebih sedap.
MUDAH KAN !!!



SEKALI pandang dah macam zebra lah pulak kan...


SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA YA, SEMOGA SIHAT SELALU DALAM MENJALANI IBADAH PUASA DI TAHUN INI.

1 comment:

  1. Sedapnya Kak Noor.. Saya ni penggemar coklat.. Terliur saya dibuatnya.. :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home