Gajus Rugget Resepi DIANA @ Melly Pastinya Malatopss Dihariraya

Gajus Rugget Resepi DIANA @ Melly Pastinya Malatopss Dihariraya


ASSALAMUALAIKUM dan salam aidilfitri untuk semua adik-adik Malaysian, Singaporean, Indonesian dan dimana saja berada yang menyambut hariraya hari ini, kami yang tinggal kat Brunei masih berpuasa lagi ini menggenapkan 30 hari ramadhan, takpe lah dimana bumi di pijak disitu langit di junjung, terpaksalah akur dengan pemerintah disini, semoga gembiralah hendak nya dihariraya ini  untuk semua nya.

Disebabkan tak beraya diBrunei ni maka nya kaknoor sempatlah menggoreng gajus ni, kalau tak memang alamat raya tak bergajus lah, sebab gajus ni memang fav orang-orang Brunei ni mesti ada disetiap rumah disamping roll tapak kuda, resepi nya akak sekodeng blog Diana, Insya ALLAH mesti sedap kot dari wangi nya tu serumah sabo jelah sedang berpuasa ni.






~ Kacang Rugget...



 Bahan-Bahan
  • 500gm kacang tanah _ ( Diana gantikan dengan kacang gajus )kak noor jugak guna gajus
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
  • 1 cawan air
  • 2 biji cili merah / cili kering
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa 

Cara-Cara
  1. Mula-mula bersihkan kacang , cuci dan toskan airnya hingga kering.
  2. Kaknoor panggang dulu gajus dalam 15 minit, supaya tak lama ambil masa menggoreng dan lebih mudah ranggup.
  3. Lepas itu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili . Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi.
  5. Gaul semua bahan hingga rata.
  6. Tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna.
  7. Lepas itu kita masukkan kacang tanah yang sudah dicuci dan ditoskan tadi. Gaul rata.
  8. Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak.
  9. Kacau senantiasa supaya kacang tidak melekat-lekat dan tidak hangus.
  10. Bila kacang sudah kekuningan, angkat dan toskan minyaknya.
  11. Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.


** NOTE ~  Pastikan anda menggunakan api sederhana supaya kacang yang digoreng itu masak dengan sempurna. 



SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
JIKA ADA SALAH DAN SILAP MOHON DI MAAFI.

2 comments:

  1. Salam Lebaran.
    Team members Kebun Bahagia Bersama menyusun 10 jari meminta maaf sekiranya ada salah dan silap harap jangan disimpan

    ReplyDelete
  2. salam lebaran jugak utk team members tukang kebun,disini jugak memohon ribuan ampon dan maaf andai nya ada salah dan silap insya allah tidak disimpan heee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home