Kolo Mee Maktok Style Terlajak Laris

Kolo Mee Maktok Style Terlajak Laris



BAHAN NYA
1 peket mee mentah di rebus / tos kan dan gaul dengan minyak bijan.
200 gm daging / ayam di potong kecil
200 gm limpa jika suka di rebus sehingga lembut / tos kan hiris nipis
3 ulas bawang putih cincang
1 sudu minyak bijan
1 sudu minyak biasa
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
air secukup nya
sedikit tepung jagung

BAHAN TABUR
Sedikit daun bawang, taugeh, limau kasturi, sambal kicap, sambal merah dan bawang goreng.

CARA NYA
1.  Panaskan minyak bijan dan minyak biasa tumis lah bawang putih sehingga wangi, masukan daging.
2.  Kacau sehingga daging kering air, masukan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sos ikan.
3.  Tambah air secukupnya ikut kepekatan sendiri.
4.  Bancuhkan tepung jagung dan masukan kedalam kuah, rasa lah ikut kesesuaian,boleh tambah apa-apa yang kurang.
5.  Cara menghidang, masukan mee yang telah di rebus dalam pinggan, letakan bahan sampingan dan kuah secukupnya.




PERTAMA kali buat kolo mee ni anak-anak tambah sampai dua tiga kali, memang terlajak sedap lah ni kan, mesti adik-adik semua cuba rugi tau...


3 comments:

  1. Amboi nama mee kak nor ni, menggoda sungguh....:) haruslah kena cuba macam ni...:-)

    ReplyDelete
  2. http://resepmasakanendonesia.blogspot.co.id/2016/04/hidangan-buka-puasa-martabak-mini-isi.html
    http://resepmasakanendonesia.blogspot.co.id/2016/04/resep-masakan-ayam-suwir-bali-yang-pedas.html
    http://resepmasakanendonesia.blogspot.co.id/2016/04/cara-membuat-sayur-asem-khas-solo.html
    http://resepmasakanendonesia.blogspot.co.id/2016/04/cara-membuat-pempek-palembang.html

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home