Menu Berbuka Hari ke3 Nasi Lemak Pegedil & ABC Homemade

Menu Berbuka Hari ke3 Nasi Lemak Pegedil & ABC Homemade


ASSALAMUALAIKUM dan selamat tengahari untuk semua nya, time ni mesti ada yang dah longlai kan di bulan puasa ni, tapi bila tengok gambar-gambar makanan mesti segar balik mata tu, jom semak resepi simple dimple dari maktok, nasi lemak biasa je boleh rujuk kat SINI resepi nya ya, tapi disini sambal telur tukar kan je ke udang bahan-bahan lain sama saja ikut citarasa sendiri nak tambah mana yang patut ok sebab kita yang buat dia kan...




RESEPI PEGEDIL CHEESE
Bahan nya

5-6 biji kentang Usa direbus dan dilenyek
1/2 cawan isi ayam
1 biji bawang besar didadu kecil
1 biji telur
secukupnya golden breadcrumbs 
secukupnya cheddar cheese dipotong kecil
garam dan gula secukup rasa
sedikit planta

1.  Tumiskan bawang besar dengan planta sehingga kekuningan, masukan isi ayam.
2.  Goreng hingga bertukar warna dan kering air ayam.
3.  Tutup api dan masukan kentang yang di lenyek di dalam kuali ayam, campurkan garam dan gula.
4.  Gaul rata sehingga sebati.
5.  Bulatkan kecil, isikan dengan cheddar cheese  salutkan dengan telur, golekkan di atas breadcrumbs, boleh buat double telur dan breadcrumbs lagi sedap dan ranggup.
6.   Gorenglah di dalam minyak  yang panas sehingga kekuningan.
7.  Angkat dan tos kan sedia untuk di hidangkan bersama nasi lemak atau di ratah begitu saja.






RESEPI  A B C MUDAH
Kaknoor semua beli yang dalam tin, kacang merah, jagung tin, cendol pun yang segera tu, bahan lain susu manis dan air sirap.
Untuk lebih sedap masukan semua bahan sampingan dalam bekas, masukan air kisar ( yang ni akak kisar sendiri sebab ada pengisar ais kat rumah ) kemudian lagi sekali letakan kacang, jagung dan cendol kat atas ais, siramkan dengan susu manis dan air sirap..
Dah siappp kalau belum nak makan letakkan dalam frezer, dah dekat berbuka baru kuarkan.
MEMANG SEDAP KALAU BUAT SENDIRI., BOLEH TAMBAH APA-APA FAV SENDIRI.


SELAMAT MENCUBA SEMUA YA..
INI SEMUA MENU SEMALAM TAU, HARI NI ROTI CANAI HOMEMADE LAGI.
BELUM SIAPPP

4 comments:

  1. Sedapnya kak... bagi idea nak masak aoe hari ni

    ReplyDelete
  2. Kalau pandai memasak apa pun sedap.
    Kita yg tengok pun tergoda dibuatnya.

    Selamat berpuasa Kak Noor..

    ReplyDelete
  3. Sodapppnnyyyaaa.. nak buka rumah kak noor lah hari ini ehe :)

    ReplyDelete
  4. Sedap tengok bergedil....belum pernah lagi makan bergedil denvan nasi lemak...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home