Nasi Kerabu Goreng Telur Masin

Nasi Kerabu Goreng Telur Masin


ASSALAMUALAIKUM dan salam sesudah teraweh untuk semua,  semoga semua nya sihat walafiat di samping menjalani ibadah puasa ramadhan. Hari ni kaknoor nak kongsikan satu resepi yang agak simple lah, akibat sayangkan nasi kerabu, kaknoor goreng semula dengan apa bahan-bahan yang sedia ada, jom semak dulu resepi ni jom!!




BAHAN NYA
1 mangkok nasi kerabu biru
1 biji telur masin
1 biji bawang besar hiris
2 biji bawang putih hiris
3 biji cili padi hiris
1 helai daun kunyit hiris
1 sudu cili padi tumbuk
sedikit ikan bilis goreng
sedikit minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1.  Panaskan minyak, tumislah bawang  besar, bawang putih, cili tumbuk sehingga wangi.
2.  Pecahkan telur masin kedalam tumisan bawang, biarkan telur mengeras sekejab, baru di kacau.
3.  Masukan nasi dan ikan bilis, cili hiris dan gaul sehingga sebati.
4.  Kalau kurang masin boleh tambah garam, akhir nya taburkan daun kunyit dan gaul.
5.  Nasi kerabu sedia untuk dihidangkan.




Hias lah ikut kreativiti sendiri, apa yang ada saja lah sendiri yang nak makan.
Selamat mencuba untuk adik-adik semua


1 comment:

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home