Sambal Belacan Thailand Style

Sambal Belacan Thailand Style


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua, dah santai lepas berbuka dan bersolat, hari ni ada terlebih sikitttttt masa untuk mengupdate 2x blog, pagi tadi dan malam ni, menu ni ialah menu berbuka tadi, memang lariss sambal belacan macam ni di samping ulam-ulam pilihan.





BAHAN

10 biji cili Thailand merah
10 biji cili Thailand hijau
1 biji bawang putih
1 inci belacan bakar
1 sudu air asam jawa pekat
1 biji air perahan limau nipis
garam dan gula


CARA

1.  Tumbuk cili merah dan hijau sehingga lumat.
2.  Kemudian masukan bawang putih dan belacan, tumbuk lagi sehingga sebati
3.  Tambahkan dengan air asam, air limau, garam dan gula.
4.  Gaul sebati dan rasa lah ikut kesesuaian sendiri.
5.  Hidangkan dengan ulam pilihan sendiri.

Sambal ni adalah mengikut cara sambal dari Thailand yang menggunakan bawang putih, memang rasa nya ada sikit kelaianan, kalau ada yg tak suka boleh lah abaikan bawang putih, tapi kalau tak cuba tak tau kan kesedapan dan khasiat bawang putih.




SELAMAT MALAM  DAN JANGAN LUPA BANGUN SAHUR ESUK YA.

6 comments:

  1. sambal tu nnti bau kuat tak bawang putih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah sikit bau nya Ecah tapi yg penting sedap kannn

      Delete
  2. buh bawang putih lagi sedap dari bawang merah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sngt LadyB bawang putih pada yg suka wangiii

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home