Sotong & Pegedil Cheese Breadcrumbs Yummy

Sotong & Pegedil Cheese Breadcrumbs Yummy


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua, di harap semua nya sihat walafiat lah hendaknya, disamping family tersayang.  Masak apa agaknya hari ni ya, hari ni kaknoor nak kongsikan resepi semalam sotong dan pegedil ni sangat lariss walaupun resepi nya agak simple dimple, tak perlu terlalu banyak bahan kan nanti dah tak terasa rasa sotong dan kentang tu. 

Kalau ada yang terhingin boleh lah check resepi di bawah ni ya.



Bahan Sotong
Beberapa ekor sotong dibersihkan dan di potong bulat
Breadcrumbs secukupnya
Cili flakes ikut kepedasan sendiri
Garam dan sedikit gula
Sedikit tepung jagung
Sedikit telur putih
Minyak untuk menggoreng

Sotong yang telah di bersihkan di gaulkan dengan sedikit garam, gula dan tepung jagung.  Celupkan dalam putih telur, salutkan dengan breadcrumbs dan goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.  Angkat dan hidangkan.



Sangat lazat di ratah macam tu je terutama tang janggut tu adoiiiii, dua tiga ekor pun habis ni..


Bahan Pegedil
4 biji kentang di rebus dan di lenyek
1 biji cili merah, di buang biji dihiris kecil
Sedikit serbuk perasa, garam dan gula
Cheese cheddar secukupnya
Breadcrumbs secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Putih telur secukupnya

Gaulkan kentang lenyek dengan cili merah, serbuk perasa, garam dan gula, gaul sehingga sebati.  Ambil sedikit letakkan cheese cheddar yang di potong kiub, bulatkan, celupkan dengan putih telur dan salutkan dengan breadcrumbs dan goreng sehingga kekuningan dan ranggup.  Pegedil sedia untuk di nikmati.



SELAMAT MENCUBA YA MEMANG TERANGKAT NI

2 comments:

  1. alamak, sedapnya kak noor..telan liur tengok nih..huhu..

    ReplyDelete
  2. kalau xbuh udang pun nyaman, apatah lg sumbat lg udang ni. nyaman berabisssss la. btw ros kat rumah ni knoor depa suka klau guna tpg KFC je (hehe sib baik la sbb mak depa pemalaih)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home