Souviner Dari Australia & Cucunda Iman.

Souviner Dari Australia & Cucunda Iman.



ASSALAMUALAIKUM  hari ni dah puasa ke 10 selamat berbuka puasa untuk semua, disini sedang menunggu waktu isyak dan lepas ni berteraweh, tapi hanya di rumah je berimamkan imam muda, lagipun tak lah cepat dan tercungap sangat kalau di rumah ni.

Hari ni takde menu hanya tengok soviner dan gambar cucunda sorang ni je, soviner ni dari Abi nya Iman yang baru balik dari Australia, alhamdulillah dah habis study boleh lah selalu dengan Iman.


Cucunda Iman yang debab


Iman pantang jumpa telefon pasti nak tekan itu ini dah lepas tu di buangg je ...


Ini kotak ready made macarons yang di beli oleh Abi Iman untuk maktok, belum test lagi, kabar nya sedap dari Adriano Zumbo yang femes di masterchef Australia tu.




Ini pulak buku masak dari Matt Preston juri memang best jugak resepi dalam ni tapi belum sempat nak try lagi, isnya allah lepas2 puasa mesti nak try resepi dari chef tersohor ni.

Oklah sampai disini dulu jumpa lagi esuk lusa ya, selamat berteraweh untuk semua nya.
Buatlah selagi mampu dan terdaya oleh kita kerana peluang hari ini belum tentu berpihak pada kita tahun depan, semoga ALLAH memberi ketenangan pada kita dalam menjalani ibadah puasa untuk tahun ini.

2 comments:

  1. iman lbh kurg ank zila jgk..x leh jmpa enset nk msuk mulut jew.

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya badan dapat souvenir istimewa dari Australia! Jelesssyyyy.... kih kih!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home