Baked Potato OlahanKu Dari Resepi Sheila Rempah Jugak..

Baked Potato OlahanKu Dari Resepi Sheila Rempah Jugak..


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejatera untuk semua, berjumpa lagi di alam maya ni, hari ni resepi yang di masak semalam, fikir-fikir apa nak makan waktu petang, teringat kentang yang di beli belum dimasak, cari cari resepi kat blog SHEILA terjumpa lah resepi ni, tapi kak noor modified sikit ikut bahan disini dan selera masing2, jangan marah Sheila tau akak ubah sikit2 tapi kalau dapat ikut macam Sheila memang mantop sangat, apa nak di kato takdo bahan .

Dibawah ni resepi cara kaknoor boleh lah sapa nak cuba, dan kalau nak ikut cara Sheila pun ok lebih sedap rasa nya




BAHANNYA
2 biji kentang besar
3 sudu daging cincang
1/2 biji bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
1 biji cendawan shitake segar
1/2 biji cili scotch bonnet hiris(boleh ganti cili padi atau cili besar)
2 sudu susu cair
secukupnya cheese mozarella
sedikit brokoli hiris kecil
sedikit lada hitam, garam dan sedikit gula
minyak zaiton untuk menumis

CARA NYA
1.  Cuci bersih kentang dan bakar dalam oven sehingga masak.
2.  Panaskan kuali masukkan  minyak zaiton, tumislah bawang besar dan bawang putih.
3.  Bila layu masukkan daging cincang, cendawan shitake dan cili scotch bonnet, kacau rata.
4.  Perasakan dengan lada hitam, garam dan gula, akhirnya masukan brokoli hiris dan tutup api.
5.  Tambahkan dengan susu cair dan mozarella cheese, kacau biar sebati.
6.  Kentang yang sudah masak tadi di potong dua, keluarkan isi kentang secukupnya.
7.  Isi kentang tadi dicampurkan dalam bahan inti tadi dan kacau rata, rasa lah kalau ada yg kurang bolehlah tambah ya.
8.  Masukan campuran bahan inti kedalam kentang yang telah dikeluarkan isinya secukupnya, taburkan dengan sedikit mozarella cheese dan oregano dan bakarlah sehingga masak.
9.  Ikut oven masing-masing lah lebihkurang 10 minit je kalau oven kaknoor.




Baked potato kaknoor style agak pedas sikit sebab akak letak cili, boleh jugak tak letak ikut selera masing-masing lah, tapi bila letak cili rasa nya hot dan terangkat haha..

12 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah najihah sehingga menjilat kulit potato tau...

      Delete
  2. sedapnya...nak try la..suka sangat mkn kentang...salam kenalan kak noor...sudi2 singgah n follow my blog..^_^..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenalan dari kaknoor, dah singgah dan follow u dila thanks sudi singgah blog kaknoor ya

      Delete
  3. Replies
    1. sesekali mkan mmg sedap Puan ros kentang ni ganti nasi heee

      Delete
  4. yumm look at all the flavours packed in that potato!!

    ReplyDelete
  5. erm, terliurnya tengok isi dalam kentang tu kak noor.

    ReplyDelete
  6. salam perkenalan dari malaysia...

    ReplyDelete
  7. saya x de blog...suka intai2 resepi k.noor...rajin gak nk cuba ..pasal kulit karipap pusing..sya nk skip ltk shortening...ape jd nati.x rangup ye...saya mazura dr puchong

    ReplyDelete
  8. patotlaa.. tersedaq.. hehee..

    ReplyDelete
  9. ohhhhh very2 tempting! tergoda! tergoda!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home