Bihun Goreng Lada Hitam Curly Kale

Bihun Goreng Lada Hitam Curly Kale


ASSALAMUALAIKUM semua nya, semoga sihat sejahtera hendaknya walau dimana saja berada, masih lagi menu kami dua beranak di UK ni yang simple saja asalkan perut tak lapar, rasa nya ramai pun dah tau resepi ni tapi try lah ni resepi dari kaknoor yg guna daging disini yang sangat lembut, alhamdulillah walaupun di UK berhampiran dengan umah sewa anak ni ada kedai halal meat orang arab dan rasa nya sangat senang lah kalau kita nak makan daging or ayam anytime boleh berlari ke kedai, jom semak resepi..



BAHAN YANG DI PERLUKAN
Bihun yang di rendam dan di toskan secukupnya
Daging batang pinang dihiris nipis
3 biji cilipadi hiris
1 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
3 biji bawang putih di tumbuk
Sayur Curly Kale dihiris lebihkurang macam kailan jugak agak keras
Taugeh secukupnya
Sedikit minyak zaiton utk menumis
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
1.   Panaskan kuali masukkan minyak zaiton, tumiskan bahan tumbuk bersama daging dan cili hiris, kacau rata sehingga wangi.
2.   Masukkan sayur curly kale dan bihun, kacau rata, curly kale tak perlu lama sangat walaupun keras tapi sangat sedap bagi kaknoor.
3.   Akhirnya masukkan garam, gula dan taugeh, kacau sebati dan  boleh lah dihidangkan.
4.   Makan panas memang sedap bihun ni sebab semua sayuran nya masih segar dan ranggup.





Teruja tak tengok bihun ni hahaa 
Dah habis pun tuan tanah mamam..
Menu semalamm daaa...

4 comments:

  1. Teruja sangat tengok bihun goreng tu kak....lagi2 ada lada itam n daging lembut....berkenan....

    ReplyDelete
  2. YES rahel daging nya mmg sangat lembut tk perlu lama masak itu yg buat maktok hari2 masak daging hahaa

    ReplyDelete
  3. Terus lapar tengok bihun... nak sepiring...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaha Gee meh nak suapkan yg gmbo beso dah dekat tu hehee

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home