Buah Melaka Rona Roni Qaseh Honey

Buah Melaka Rona Roni Qaseh Honey


ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk yang sudi singgah disini, hari ni resepi mudah yang kak noor nak kongsikan yang di buat petang semalam untuk dessert berbuka puasa, sebenarnya buah melaka ni kaknoor tak pernah buat, cari-cari terjumpa resepi dari blog QASEH HONEY, tengok macam simple je terus buat dan alhamdulillah sampai lah hajat anak kak noor Nabilah nak makan, kata nya sedap terimakasih  QH diatas resepi nya ya, izinkan kaknoor kongsikan di blog akak jugak ya





Buah Melaka aka Onde-onde

Bahan2 (dalam 20 biji)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan air daun pandan (daun pandan dikisar halus dengan air)
  • 1/3 cawan air dengan 2 titik pewarna hijau
  • 1/2 cawan kelapa parut digaul dengan 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 keping gula melaka/kabung (dipotong kecil-kecil)
Caranya
1.     Di dalam besen saiz sederhana, gaulkan tepung pulut, tepung gandum, air daun pandan dan air warna sehingga mesra sebati dan tak melekat dijari.
2.  Sediakan periuk berisi air, untuk proses masak buah melaka.
3.   Sementara menunggu air mula mendidih, canaikan adunan sebesar duit 20 sen dan masukkan gula melaka yang dipotong kecil, siapkan dalam 4-5 biji.
4.  Air dah pun mendidih dan masukkan buah melaka, kalau dah masak ia akan timbul.
5.   Setelah itu angkat dan toskan.
6. Pindahkan kedalam dulang berisi kelapa parut untuk dioleskan.
7.   Okay, dah siap, maka bolehlah dihidangkan untuk minum petang atau bila2 rasa teringin nak makan buah melaka. Selamat mencuba





Ini cucunda Iman yang dah hampir 11 bulan, tak lama lagi setahun sekejab je, masih terasa dukung Iman ni masa baby-baby... tapi  sekarang pun masih baby cuma baby yang besar sikit..


4 comments:

  1. Buah Melaka rainbow namanya tu kak noor.. cantik berwarna warni..

    ReplyDelete
  2. cantik sangat buah melaka tu kak noor..colorful!!

    ReplyDelete
  3. Buah melaka tu tak geram tengok... saya cuma geram tengok cucu mak tok...!

    ReplyDelete
  4. Rajinnya nk letak colour2 yea kak noor..menarik

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home