Chicken Pie Made With Love

Chicken Pie Made With Love


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua yang tak jemu jemu untuk berkunjung kesini, blog maktok yang suam2 kuku ni, semoga kalian sihat sejahtera disamping apa jua tugas harian.  Disaat akhir order customer nak chicken pie ni sebelum kaknoor berangkat esuk, INSYA ALLAH, tapi demi untuk tidak menghampakan customer ini lah chicken pie made with love kaknoor, jom semak resepi kalau ada yang sudi untuk mencuba..




Resepi  :  Chicken Pie
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN  KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam

CARA
  • Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri dan masukan dalam acuan 
  • Cucukan dengan garpu supaya cepat masak, kemudian masukan inti dan di tutup lagi dengan potongan kulit tu., ikut kreativiti sendiri lah ya.
  • Disini kak Noor masukan dalam acuan foil yang kecil tu, sebab lebihan buat untuk tempahan orang.
  • Untuk orang sanggup kan buat lawa2 tapi untuk sendiri yang nak makan begini lah ala kadar je buat heee
  • Tapi tetap sedap kan hahaha 
BAHAN INTI PIE
200 ayam kisar
1 biji bawang holland di dadu
2 biji kentang di dadu
1 biji carrot di dadu kecil
1 kiub ayam
3 - 4 sudu mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parutan cheese kraft

CARA
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang holland sehingga layu, masukan ayam kisar, kentang, carrot, serbuk lada hitam, kiub dan masaklah sehingga semuanya lembut dan tos kan.
  • Gaulkan dengan mayonis dan parutan cheese cheddar dan boleh lah di letakan di dalam kulit pie tadi.



YANG kecik ni versi untuk tuan tanah, sebab kebetulan dah buat, tuan tanah pun nak jugak merasa keenakan chicken pie ni, untuk yang lain selamat mencuba ya...


14 comments:

  1. Sedap tengok tu Kak Noor.. rasa nak cuba ni... save resepi tu dulu :)

    ReplyDelete
  2. walllllaaaa sedapnya.... teringin pulak nak mencuba. kalau dekat tak malu2 hulur piring mintak sepotong!

    selamat berangkat dan selamat kembali Noor.... jangan lupa buah tangan ya. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kakrose syangnya jauh sngt mmg nk hulur banyak2 ni kalau dekat hee, thanks ya mudahan selamat segalanya aminnnnnn

      Delete
  3. kalau utk sendiri yg cantik macam tu kata biasa-biasa yg org punya order mestilah laaaagi cantik ye Kak Noor.

    Rajinlah Kak Noor mendekor bhgn. yg atas tu cantik. Kakak terpikat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie, sekarang ni agak kureng sibuk so boleh lah mendeco sikit2 hehe i like deco2 ni kak hehe

      Delete
  4. cantik deko atas pie tu kak..cam na buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue, akak silangkan macam kita menyaman tikar tu, mudah je nak kena buat demo ke hehee

      Delete
  5. Assalam...kalau dah chicken pie cantik dan menjadi mcm tu dah tentu baking yang lain pun menjadi...

    Salam lebaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmusalm bunda aka KN, se adanya saja lah yg lain belum tentu cantik dong!!

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home