Flower Tart Shell Yang Cantik

Flower Tart Shell Yang Cantik


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semuanya, hari ni kaknoor try satu bentuk tart shell yang baru akak tengok kat pinterest, sebab tergoda dengan bentuk flower tu maka kaknoor, guna resepi tart shell biasa yang kita guna untuk tart cheese blueberry tu, tapi di canai dan diterap menggunakan acuan flower ni alhamdulillah menarik dan dapat di gunakan untuk apa saja jemis tart yang kita suka, samaada untuk tart telur atau tart blueberry mengikut kegemaran sendiri lah ya.


HARI minggu ni ada yang nak datang kerumah jadi kaknoor merajinkan diri try bentuk tart baru ni, insya allah belum tau lagi inti tart apa yang akan dimasukan dalam flower tart tu, kita tunggu saja ya hahaha..




RESEPI nya macam biasa je yang kita guna untuk tart biasa


170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart


Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

UNTUK flower tart shell ni, kaknoor canaikan di papan canai, terapkan pada acuan bentuk nya macam yang kat bawah tu, dan letak di dalam acuan mini muffin dan tekan-tekan kan supaya nipis dan mudah masak, dan bakar lah sehingga kekuningan.


INSYA ALLAH tunggu mood rajin sikit di letak filling dalam tart tu
Ok selamat malam dan selamat mencuba pada yang tergoda tu ya..


10 comments:

  1. Replies
    1. sebab ada yg nak dtg kerumah syifa, rajin lebih sikitlah lagipun dah lama teringin nk buat masa bula puasa dulu tapi tak sempat hehe

      Delete
  2. Replies
    1. kakrose terguda sudah!! boleh buat sudah lah tu senang bahhh lepas tu letak cheese ke telur ke mmg lagi tergudaaaaaaaaaa

      Delete
  3. Replies
    1. kalau letak filling lagi cantik kan safia hahaa

      Delete
  4. Cantik...cantik... tengok bentuknya cantik memang terujalah nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sweetie, sbb bentuknya cantik maka nyaaa maktok dah teruja nk buat tart ni, mesti lebih sedapp hahaa

      Delete
  5. cantik bentuknya knoor…. kalau yg xde acuan tekan mcm knoor tu rasanya better guna cara ni ekk, rasa cam lg senang. btw bila la knoor nak mai rumah kami ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg senang sangat Ros cuma nya kena agak nipis masak mencanai tu kalau tak tebal gile ni, btw mmg dok teringat nk pi umah Ros, tapi dok posa tak habis lagi, bila malam ngaleh bahh jadi nya dok ingatttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt saja lah jawabnya

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home