Ice Cream Sandwiches Yummy Credit To Madihah

Ice Cream Sandwiches Yummy Credit To Madihah


ASSALAMUALAIKUM dan salam syawal untuk semua nya, macamana suasana raya ditempat masing-masing, masih meriah ke? kat Brunei hari ni dah start sekolah dan orang kerja pun dah mula bekerja, dah agak sepi sikit di waktu siang ni, tapi waktu malam masih tetap ada openhouse sana sini,  hatta malam nanti pun kaknoor nak menghadiri openhouse jugak ni, berbalik menu hari ni, sebenarnya dah di buat masa puasa dulu lagi tapi tak sempat nak update, kali ni pun anak kaknoor yang buatkan, best jugak masa akak sibuk dengan kuih raya tempahan, ada yg sudi nak buatkan dessert berbuka, memang sedappp sangat mesti cuba baru tau kelazatan nya tau....




Bahan nya
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan cocoa powder
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur besar
4 cawan aiskrim perisa apa saja

Cara nya
1.  Panaskan oven 150'C dan griskan loyang 10x15 " yang telah di letakkan dengan foil.
2.  Dalam mangkok besar pukul butter cair bersama gula sehingga sebati.
3.  Tambahkan dengan telur dan vanilla, tepung, cocoa powder dan garam.
4.  Pukul sehingga semua nya sebati, curahkan di atas loyang dan bakar selama 8 minit.
5.  Sejukkan kek sebentar, kemudian potong dua bahagian.
6.  Letakkan aiskrim di atas kek dan ratakan, kemudian tutup semula sebahagian lagi di atas aiskrim.
7.  Balutkan dengan plastik wrapping dan masukan dalam freezer selama 2-3 jam atau semalaman.
8.  Bila nak menghidangkan keluarkan lebih awal, dan potong, aiskrim sandwiches sedia untuk disantap.



 Sedap dan enak sekali conferm tak cukup sepotong.


Bila dah potong mesti kena makan cepat-cepat kalau tak gerenti cair tu, sila mencuba untuk dessert puasa syawal insya ALLAH larisss...


11 comments:

  1. Salam aidilfitri k.noor,
    Sy dah bookmark! Nnti nk try...nmpk mcm best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap syifa tapi tk tahan simpan luar lah, nama nya pun aiskrim kan sila2 try

      Delete
  2. Salam lembaran Eidulfitri Kak Noor

    Sedapnyaaaa tengok ice cream sandwich tu kak noor , rasa nak ambil jer sepotong :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucapan yg sama yatie lebaran yg ke berapa dah ni?? sepotong mmg tk cukup yatie i tell u haha

      Delete
  3. hurm, baru tengok gambar pun dah telan liur..huhu, memang best la menu tu kak noor..menggoda sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time panas mmg sngt menggoda ice cream ni BB tambahan pulak hari ni sdg haus dan dahaga ni adoiii

      Delete
  4. Replies
    1. nasa, very the sedap tau boleh try kalau nak pasti ek..

      Delete
  5. Replies
    1. salam lebaran my sweetie, ampon maaf jika ada salah dan silap ya, ada lagi tak kuih raya nak dtg ni

      Delete
    2. Kuih raya dah habissss! takpa kalau kak Noor dtg kita order je makanan dari kedai....

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home