Mee Goreng Udang Ciknoyah

Mee Goreng Udang Ciknoyah


ASSALAMUALAIKUM 
Semoga sihat sejahtera hendaknya rakan-rakan dan sahabat walau dimana saja berada, terasa begitu banyak masa sekali hidup jauh dari family ni, sebenarnya disini pun family jugak cuma nya di UK ni  menjaga makan untuk seorang anak saja, sedangkan kalau di Brunei ramai yang kena jaga dengan selera macam-macam tapi disini sorang je, itulah terasa begitu banyak sangat masa, sampai tak tau nak buat apa dah selain dari menghadap laptop, mungkin ALLAH nak suruh rest kot kan sebab kalau di Brunei memang tak menang tangan buat kerja dengan tempahan orang sana sini, jadi bila disini senang lenang sungguh hahaa aduiii sampai tertidur-tidur lah pulak..

Hari ni kaknoor masak mee goreng je untuk sarapan tadi dan terus mengupdate blog haha banyak masa lah kata kan..


BAHAN NYA
2 keping mee telur kering direbus dan toskan
4 biji cendawan butang hiris
2 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
8 ekor udang besar
1 batang daun bawang hiris
secukupnya taugeh
1 sudu sos tiram
1/2 sudu cili flakes
kicap manis, masin dan garam secukupnya
minyak zaiton untuk menumis ( disini minyak zaiton murah guna je )

CARA NYA
Panaskan minyak zaiton dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih goreng sehingga layu, masukan cendawan dan udang,kacau sebati, tambahkan dengan kicap manis, masin, tiram, cili flakes dan sedikit air agar tidak terlalu pekat, masukan mee yang telah di celur, gaul rata, rasa lah kalau kurang rasa boleh tambah garam, taburkan dengan taugeh dan daun bawang, kacau biar rata dan boleh lah dihidangkan panas-panas bersama dengan teh C special



Untuk membuat Teh C special ni kita hanya perlukan 2 sudu gula melaka dimasak dengan sesudu air sehingga cair dan pekat, boleh tambah atau kurang gula melaka ikut kegemaran masing2 lah ya, susu cair secukupnya dan bancuhan teh O yang pekat.
Mula-mula tuangkan air gula melaka didalam gelas, lapiskan dengan susu cair, kemudian baru letakkan bancuhan teh dan ketulan ais, bila menikmatinya kacau lah perlahan-lahan pasti sedap dan wangi sekali.

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA.

3 comments:

  1. salam kak nor jaga diri baik2 ya ...

    ReplyDelete
  2. em, sedapnya makan mee goreng berganding pula dengan teh c spesel tu..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home