Nasi Briani Daging Bersama Kari Menu Lepas Geram

Nasi Briani Daging Bersama Kari Menu Lepas Geram


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu dari bumi omputih ni semoga semua nya sihat walafiat lah ya disamping apa saja yang dilakukan, hari ni kaknoor rajinkan diri memasak untuk anakanda Nabilah, nasi briani ni, walaupun taklah lengkap sangat hidangan nya cukuplah untuk kami berdua yang simple dimple  ni janji kenyang kan, resepinya pun yang mudah saja jom tengok resepi yuk..



BAHAN NASI BRIANI DAGING
2 cawan beras basmathi
6 ketul daging
2 cawan air + 1/2 cawan susu cair
1 biji bawang besar kisar
2 ulas bawang putih
4 biji tomato ceri
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
garam, minyak zaiton secukupnya
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
sedikit safron

CARA MEMASAK
Panaskan minyak zaiton dalam kuali, tumiskan rempah2 sehingga wangi, masukan bawang merah dan putih yang dikisar, jintan manis dan putih bersama dengan daging, kacau rata dan biarkan daging setengah masak, masukan tomato ceri, air, susu, beras dan garam secukupnya.  Pindahkan kedalam rice cooker dan masaklah seperti biasa, bila nasi sudah tanak, masukan safron biarkan 10 minit, tutup tudung periuk. Lepas tu baru lah di kacau supaya warna kuning safron tidak terlalu kembang pada nasi.



BAHAN KARI DAGING
1/2 kg daging
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji terung
4 biji tomato ceri
1 cawan santan pekat
air, garam dan gula secukupnya
secukupnya rempah 5 untuk menumis
secukupnya minyak 

CARA MEMASAKNYA
Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar.  Rempah kari dimasukan sedikit air panas dan di kacau. Panaskan kuali masukan sedikit minyak masak, tumis lah bahan rempah 5 sehingga wangi, masukan bahan kisar masak sehingga keluar aroma, tambahkan dengan cili kisar kacau sehingga pecah minyak, masukan bancuhan serbuk kari, dengan menggunakan api yang kecil biarkan rempah kari dan semua bahan merenih dan betul-betul masak baru masukan daging. Masaklah sehingga daging separuh masak, masukan santan pekat, terung, air,tomato ceri dan garam. Bila dah secukup rasa boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama nasi briani tadi.

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA.

3 comments:

  1. Tak lengkap bhn...tp nmpk sedap...!!!

    ReplyDelete
  2. susah nak cari bahan disini syifa tpi dh teringin nk makan gohead je hahah

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor...
    walaupun kata kak Noor simple tp pada Rahel nasi beryani tu dah cukup mengancam...lagi2 dengan gandingan mantap kari daging...aduh..tak sanggup nak tolak...2-3 pinggan nasi pun litcin...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home